Artis / Selebriti
” Lagu ni memang matching dengan suara Dayang, sedap versi Dayang.. ” – Komen Netizen

Video Dayang Nurfaizah Menyanyikan Lagu Kesetiaan yang Dipopularkan Oleh Arwah Siti Sarah Dalam Konsert By Ajai And Mega Friends. Wah, Sedap Betul Versi Dayang, Meremang Dengar. Patutlah Ajai ‘Melamar’ Dayang Untuk Rakam Semula Lagu Ini Malam Tadi !!
Semalam telah berlangsung buat julung kalinya konsert By Ajai And Mega Friends yang membariskan beberapa artis terkenal dan lagu-lagu yang dicipta oleh Ajai. Pada konsert tersebut, penyanyi Dayang Nurfaizah telah tampil dengan menyanyikan lagu berjudul Kesetiaan.
Lagu tersebut telah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah Raisuddin dan Dayang menyanyikan semula dengan caranya yang tersendiri. Persembahan Dayang berjaya memukau ramai orang dan ramai yang memuji vokal Dayang dalam menyanyikan lagu ini.
Nampaknya Dayang berjaya membawakan lagu ini dengan baik tanpa dibayangi dengan penyanyi asal. Namun begitu, lagu ini sememangnya cukup membuatkan ramai peminat merindukan arwah Siti Sarah yang hampir 3 tahun pergi menghadap Illahi.
Lagu ini dicipta oleh Ajai pada tahun 2002 dan sehingga kini masih menjadi siulan ramai orang. Lagu ini cukup memberikan satu fenomena. Difahamkan Ajai turut ‘melamar’ Dayang untuk merekodkan kembali lagu Kesetiaan ketika di konsert semalam.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen. Ada yang menyukai suara dayang dan ada juga yang suka dengan versi asal arwah Siti Sarah. Antara komen-komen yang diberikan :
” Dayang nyanyi sedap.. Al-Fatihah buat arwah Siti sarah.. lagu ni memang sedap didengar sampai bila-bila.. Bestnyeeeee dayang bawak style dayanggg.. “
” Lagu ni memang matching dengan suara dayang.. sedap sedap.. lawanya dayang selim.. sedap dengar dayang nyanyi.. “
” Makan lagu ni macam dia yg masak.. Faham ? PERFECT.. Ulang 100x pon xjemu LOVE teruk.. ALFATIHAH sitisarahraisuddin.. “
” Dgr lagu ni..,auto meremang jadinya.. ingat Allahyarham Siti Sarah…rindu dgn suara beliau.. Versi siti sarah lg power vokal nya.. “
” Version dayang sedap dia bawak. Yesss.. selayaknya Dayang Nurfaizah rakam balik lagu ni, thank you abg byajai .. love u .. “
” Pertama kali lagu kesetiaan oleh Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.. Sedap dooh…klu dayang letak kt utube..ak rs..1juta kali ak dok ulang2.. “
” Sedap, bukan tak sedap. Cuma ade certain part memang kena tone Sarah sahaja. Jangan kecam saya, sedap je Dayang nyanyi.. “
Sememangnya versi Dayang untuk lagu Kesetiaan ini cukup merdu dan sedap. Lagu ini bukan sebuah lagu yang mudah untuk dinyanyikan. Malah Ajai juga pernah berkongsi bagaimana Ajai mencari penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstaronline, Sinar.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen