Connect with us

Artis / Selebriti

” 3 tahun dah dapat Mercedes AMG ? ” – Amar Baharin

Amar Baharin Kongsi Video Surprise Birthday Present, Mercedes AMG Khas Buat Anaknya, Aqeef Anaqi Sempena Hari Lahir Yang Ke-3. Amboi Bukan Main Excited Lagi Anaqi. Part Anaqi Cakap ‘Wow Amazing’ Tu Comel Sangat !!

Amar Baharin sememangnya cukup mengambil berat perihal anaknya. Pada 15 Oktober lepas, Amar ada berkongsi gambar Anaqi bersama kek sempena hari kelahirannya yang ke-3. Cepatnya masa berlalu, dah cukup 3 tahun usia Anaqi sekarang.

Sebelum ini, Amar juga pernah berkongsi video Anaqi meminta hadiah ‘something i can ride, not a toy ‘ apabila ditanya oleh ayahnya. Menerusi postingnya di Instagram sebelum in, iAmar siap bertanya dengan Yang Dipertuan Agong di mana boleh di beli kereta mainan seperti cucunda baginda.

Hasil pertanyaan tersebut, ramai yang berkongsi pendapat. Amar cuba memenuhi impian Anaqi untuk membeli kereta mainan yang boleh Anaqi bawa. Semalam, Amar telah berkongsi video mengenai kereta Anaqi yang telah dibelinya di akaun Instagram miliknya.

Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram, Amar telah berkongsi gambar sebuah kereta mainan yang pernah diminta oleh Anaqi sebelum ini dengan ayat yang tertera ‘3 tahun dah dapat mercedes AMG ? ‘. Wahhh cantik sungguh kereta mainan, hadiah untuk anak tersayang, Anaqi ini.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian gambar Anaqi di Instagram telah mendapat ucapan selamat hari lahir daripada peminat. Ramai yang turut teruja melihat hadiah Anaqi. Antara komen-komen peminat :

” Happy belated birthday cute boy. Semoga jadi anak yg soleh & pemimpin yg ‘alim.. “

” Wahhhhh… amazinggg.. Hahahha.. ger4mmm jek.. “

” Happy Belated Birthday Anaqi.. Auntie nk tumpang boleh.. “

” Jangan bawak gi racing ye.. Alhamdulillah syukur pd Allah semoga sentiasa dlm lindungan dan kasih sayang Allah aammiinn.. “

” Walaupun kereta daddy tk besar tapi daddy parking kereta anaqi dlm kereta daddy ” naseb muat.. Klau tak, kene parking atas roof kereta daddy.. “

” Wahhhhh.. done tgk kat you tube. Alhamdulillah.. “

” Hepy besday Anaqi.. Comelnya.. “

Setiap ibu bapa pastinya sebaik mungkin cuba untuk memenuhi permintaan anak mereka. Wajah kegembiraan anak pastinya akan membahagiakan kita sebagai ibu bapa. Semoga Anaqi menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat ibu dan ayah tersayang. Amin.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE…

Sumber : IG Amar Baharin, Youtube Channel Amyramar Tube

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT