Artis / Selebriti
” 1 minit siapkan tudung on point camni memang tak mampu.ย Tokti memang power betul.. ” – Komen Netizen
Video Di Belakang Pentas Ketika DS Siti Nurhaliza Bersiap Untuk Persembahan Konsert Cinta Di Awan Buat Ramai Kagum. Wah, Dalam Tempoh Seminit Je Siap Tudung Tokti !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan keadaan di belakang pentas ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersiap untuk persembahannya di konsert Cinta Di Awan tempoh hari telah meraih perhatian ramai.
Apa yang mencuri perhatian ialah cara Dato’ Seri Siti bersiap dengan begitu pantas sekali. Dato’ Seri Siti hanya mengambil masa selama 1 minit untuk mengemas dan membetulkan tudungnya dibantu oleh hijab styling yang ditugaskan. Wah, bukan mudah untuk menjadikan tudung bawal on point.
Penampilan Dato’ Seri Siti turut memukau ramai kerana pakaian yang dikenakan cukup cantik bak puteri. Bukan sesuatu yang mudah untuk menukar pakaian untuk setiap kali persembahan dan perlu menepati masa yang telah ditetapkan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Konsert Dato’ Seri Siti pada malam tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan berjaya menghiburkan para peminat.
Jom tonton video di bawah :
@biancabellaofficial Replying to @Mr. SHY19 alhamdulilah terima kasih awak.Tapi kalau semua dah diberi tugasan macam ini kami semua designer akan buat yang terbaik untuk kesayangan kami dan Malaysia ini โค๏ธ๐ฅฐ Kalau korang mampu siapkan tudung dalam 2 minit?#cintadiawansitinurhaliza #konsertcintadiawansitinurhaliza
โฌ original sound – BIANCABELLAOFFICIAL – BIANCABELLAOFFICIAL
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Satu nama….Siti Nurhaliza….ramai yang berkongsi rezeki demgannya.. Semua baju Cantik tapiโฆ.Baju ni paling kenan.. “
” 1 minit siapkan tudung on point cmni mmg x mampu ย Tokti memang power btull.. suka betul nk tgk BTS cmni. baju paling letop untuk konsert kali ni.. “
” Bajuuu paling cantikkk utk konsert Cinta di Awan.. ct kot.. tudung kelepet x iron pon cantekkkk. Mmg la klu hati2 buat praktis makes perfect.. Apoo.. “
” SubhanAllah, cntik sgt design ni. lari dari design cliche sebelum ni.. Baju ni paling cantik dalam semua konsert2 tokti selama niโฆ sumpah.. “
” Terfikir juga berapa jauh bilik persalinan dgn stage. Rupanya belakang stage je ye? cantiknya baju siti yg ni.. dah habis show baju ni simpan kat mana.. “
” Bestnye jd artis ye. Dpt pakai cantik2. Mekap lelawo. Tp tu lah, yg x bestnye life xde privasi. Sentiasa diperhatikan masyarakat.. “
” Memang sweeeeet sangat dan nampak elegant.. lawanya,buat baju pengantin pon ngam,ambil inspirasi.. patut x buat photoshoot baju ala2 design ni ek… arghhhhh .. “
Ini bukanlah pertama kali video di belakang pentas dikongsikan kepada umum. Sejak dari dahulu lagi Dato’ Seri Siti sememangnya begitu committed dengan kerjayanya untuk setiap kali konsert yang diadakan. Disebabkan ini juga Dato’ Seri Siti kekal dengan gelaran penyanyi nombor 1 negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bianca Bella
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

