Artis / Selebriti
” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
Video portcast Erra Fazira dan Ezwan Zain bersama Dato’ Ustaz Kazim Elias buat ramai terhibur. Part Ustaz Kazim menyakat Ezwan tu kelakar. Aik nampak Puan Erra kita macam cemburu je tu, hehe..
Pasangan pengantin baru, Erra Fazira dan Ezwan Zain sering menjadi perhatian ramai sejak dari hari pernikahan mereka. Apa sahaja perkongsian tentang mereka, sama ada video atau pun gambar pasti akan meraih banyak tontonan di media sosial.
Bukan itu sahaja, telatah Erra dan Ezwan yang gemar saling menyakat antara satu sama lain turut menghiburkan ramai. Sikap bersahaja dan penuh humor yang ditonjolkan menjadikan pasangan ini mudah didekati serta disenangi oleh peminat, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi positif di ruangan komen.
Selain itu, podcast yang dikendalikan oleh pasangan ini iaitu Kasi Onz Channel juga semakin mendapat perhatian. Terbaru, menerusi akaun Instagram podcast berkenaan, telah dikongsikan sedutan episod terbaru yang menampilkan Dato’ Ustaz Kazim Elias sebagai tetamu jemputan.

Menerusi perbualan dalam podcast itu, Ezwan mengakui bahawa Erra mempunyai ramai peminat. Kenyataan tersebut disambut dengan usikan oleh Ustaz Kazim yang mengatakan bahawa Ezwan juga kini mempunyai peminat tersendiri. Suasana menjadi semakin ceria apabila Erra turut menyakat Ezwan dengan mengatakan ‘saham’ suaminya kini semakin meningkat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Malas nak tengok sebab sweet sangat this married couple. Masha Allah… Asik sengih2 je kita tengok ni tau.. “
” Haaaa ustaz pun pandai ehhh kena kan 2 ketul ni, ahahhaa comel betul episod dengan ustaz ni, suka sangatt.. “
” Lambat la jumaat, tiap@minggu tggu taw.. Channel yang best byk, perkongsian yang menarik antara E, E & tetamu.. “
” Huhuhuhu….. So poor Mr N.Sbb ex² gf mr E dok kejar² mr N pulak. Terpaksa mr N pakai mask 24 jam, HAHHAHAHA.. “
” Behave Erra kali ni ehhhh hahaha bila ustaz kazim ada, hahaa.. Tak sabar lah nk tgggu for next episode.. Semua best2.. “
” Berani ekkkk mrE.. Hahahahah hujung2 part Erra sebut Sakinah tu, dalam betul nadanya, haahaha jaga2 yer Mr. E.. “
” Kemain lagi Mr E dgn Erra control ketawa dpn ustaz. Klau podcast dgn org lain mmg dh gelak abis tu, hahahaa.. “
Kemesran dan sikap saling menghargai yang ditonjolkan oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain jelas memperlihatkan kebahagiaan rumahtangga yang sedang dikecapi. Momen-momen santai sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi inspirasi kepada ramai bahawa kebahagiaan dalam perkahwinan boleh dibina dengan gurauan, persefahaman dan juga kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasiOnzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

