Connect with us

Artis / Selebriti

” Yeay Alhamdulillah, Remy junior is coming.. ” – Netizen

Remy Ishak Sahkan Berita Kehamilan Isterinya, Ezza Yusof. Wah Patutlah Makin Jelas Baby Bump Ezza. Dah Tak Lama Nak Jadi H0t Daddy Lah Remy. Tahniah !!

Des4s-desus mengenai kehamilan isteri aktor Remy Ishak, Ezza Yusof sudah bertiup sejak beberapa minggu yang lalu. Para peminat memperkatakan hal ini dan menanti berita gembira daripada mulut Remy dan Ezza sendiri.

Akh1rnya segala teka-teki terjawab apabila Remy mengesahkan tentang kehamilan Ezza. Menurut laporan Portal Kosmo, Ezza kini hamil 5 bulan. Bakal bergelar bapa buat kali pertama, Remy tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya itu.

Bukan sengaja merahsiakan berita gembira ini tetapi Remy mengikut saranan doktor untuk tidak diwar-warkan dahulu memandangkan ketika itu kandungan Ezza masih lagi di peringkat awal. Remy turut memaklumkan ultrabunyi telahpun dilakukan dan kandungan isterinya berada dalam keadaan sihat.

Bak kata Remy, perut semakin membesar, sudah tidak dapat disor0kkan lagi sekarang. Remy juga mengharapkan semua mendoakan yang baik untuk rumahtangganya dan bakal zuriatnya nanti. Wah tentu excited Remy dan Ezza menanti saat zuriat mereka dilahirkan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sementara itu, di akaun Instagram isteri Remy, Ezza Yusof, ramai yang menitipkan ucapan tahniah dan menegur baby bump Ezza yang semakin jelas kelihatan.

Berita gembira ini telahpun disambut baik oleh para peminat Remy. Ucapan tahniah diberikan kepada pasangan ini dan antara komen-komen :

” Alhamdulillah agak lama menunggu akhirnya. Tahniah remy dan isteri, semoga amanah yang diberi dijaga dengan baik yaa.. “

” Comel baby bump, tahniah Ezza.. makin cantik dan berseri-seri mommy to be ni.. alhamdulillah.. “

” Tak sabar nak tengok baby ezzarl dan Remy… tahniah sayang kamu berdua.. cute baby bump, dah makin nampak hehe.. “

” Wow tahniah mengandung, baby bump comel lah.. kita tak tengok kasut, kita tengok baby bump tu.. “

” Hehe kita nampak perut dia lah.. yeay alhamdulillah, oloo remy junior.. ulang ulang tengok tengok perut hehe.. “

” Mesti baby lahir comel nanti.. Makin berseri-seri mom to be.. remy junior is coming.. take care sis.. “

” Manisnya mom to be, comelnya babybump.. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan bersalin.. “

Alhamdulillah, berbaki kurang lebih 4 bulan sahaja lagi untuk Remy dan Ezza melangkah ke fasa ibu bapa. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala urusan Ezza sepanjang hamil berjalan lancar sehingga ke hari bersalin nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : FB & Portal Kosmo Online, IG Remy Ishak, IG Ezza Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT