Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang you kenal Fizo Omar macam mana pulak.. ” – Zarul Umbrella

Video Respon Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Apabila Ditanya Mengenai Detik Perkenalannya Dengan Fizo Omar. Wah Pandai Fizo Cari Peluang. Macam Tu Rupanya Fizo Mengayat Fazeera, Gentlement Sangat Abe Joe !!

Sebut sahaja nama Fazeera Nazri, pastinya ramai yang akan membayangkan isteri Fizo Omar yang memiliki rupa paras yang cantik itu. Fazeera yang merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan Qatar Airline dijemput oleh Zarul Umbrella untuk siri podcastnya.

Meninjau Youtube saluran Zarul Umbrella Official, telah dimuatnaik temubual tersebut dan ianya menarik perhatian ramai. Selain bercerita tentang pengalaman sepanjang bergelar pramugari, Zarul juga ada mengutarakan soalan mengenai perkenalan Fazeera dan Fizo.

Kata Fazeera, semuanya bermula ketika Fizo menaiki pesawat Qatar dan Fazeera bertugas sebagai anak kapal tersebut. Takdir menemukan mereka betul-betul pada masa yang sesuai. Sebelum C0v1d-19 melanda, perkenalan bermula dan asbab perkenalan itu berlanjutan sehingga ke jinjang pelamin.

Wah gentleman sungguh Fizo dan semangatnya untuk berkenalan dengan lebih dalam dengan wanita bernama Fazeera ini apabila Fizo memberikan namecard kepada Fazeera sejurus sahaja pesawat mereka selamat mendarat. Penangan cinta pandang pertama, Fizo terus menghantar rombongan meminang selepas Fazeera ditamatkan perkhidmatan.

Perkongsian tersebut telah pun meraih perhatian ramai warganet. Rata-ratanya suka melihat cara Fazeera bercakap dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Terbaik Faz. Sangat kagum dgn cara Faz berbahasa. Penceritaan, jawapan/respon, pemergian dan penerangan ttg soalan sgt jelas dan menarik. Communications skills n English.. Faz.wow~ A++.. ”

” Besttt dengar dia cakap, jelas dan tersusun. bagus sangat dah fikir apa nak buat lepas terminated dan sentiasa ingat maryam. abang zarul pon best sebab tau dah apa nak tanya semua.. ”

” Dengan ini saya nobatkan Faz sebagai tetamu undangan yang paling SOFT SPOKEN. Cantik luar dalam. Kalau dia masih berkhidmat dengan Qatar sesuai kalau dijadikan ‘duta airlines’ bagi mewakili Malaysia.. ”

” Honestly, ni podcast paling lama i pernah tengok dan tak skip. enjoy dengar topic macam ni, abg zarul ni pun very detail bila tanya macam i jenis yg curious bila dengar certia org haha. suka dengar faz cakap very soft spoken dan tersusun.. ”

” Tutur kata Faz jelas dan senang difahami.. seolah sedang duduk berdepan bercerita dengan dia .. Moga Faz sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt dimana saja berada.. ”

” Suka betul dgr bini fizo ni bercakap. Teratur bahasa dan sopan. Gaya dia mmg kena dgn outfit dia pakai. Perempuan melayu terakhit gitu… All the best to you.. ”

” Ini baru betul digelar “Woman with class”. Ok now Faz dah jadi salah satu idola aku.. untung abang Fizo dapat anda.. ”

Perkenalan yang singkat sahaja, Fizo dan Fazeera sah sebagai suami isteri. Kini mereka bahagia bersama 3 orang anak mereka iaitu Wan Maryam, Wan Khaleeda, Wan Umaira.  Betul lah kata pepatah, kalau sudah jodoh tak akan ke mana.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Zarul Umbrella Official, IG Fazeera Nazri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT