Artis / Selebriti
” Ubat pun ubat lah Isaac. Pandai nak gula-gula kan mummy ye, hehe.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Ketika Keluar Membeli Barang Dapur Buat Warganet Terhibur. Part Dekat Bahagian Coklat Tu Comel Sangat. Tiba-Tiba Coklat Tukar Nama Jadi Ubat. Siap Buat Muka Confident Lagi Tu Isaac, Haha !
Setiap kali Zahirah Macwilson kongsikan video anak sulungnya Isaac Raees, pastinya ia akan mendapat perhatian warganet. Isaac yang sudah berusia 3 tahun ini membesar dengan sihat dan sangat petah mulutnya bercakap sama seperti mummynya itu.
Meninjau akaun Instagram Zahirah Macwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahirah membawa Isaac ke supermarket untuk membeli barang dapur. Isaac dengan trolley kecilnya laju sahaja berjalan dan memilih barang yang dimahukannya.
Item pertama yang diambil oleh Isaac adalah susu. Sejurus selepas itu, Isaac ke bahagian makanan ringan dan meminta snack daripada Zahirah. Apa yang menarik perhatian warganet adalah bahasa yang digunakan oleh Isaac apabila bercakap dengan Zahirah.
Tidak hanya petah dalam bahasa Inggeris, Isaac juga fasih berbahasa Melayu. Comel mendengar Isaac mix bahasa, ayat pun tersusun sahaja. Warganet terhibur melihat Isaac ingin mengambil coklat dan mengatakan itu adalah ubat. Cubaan Isaac hendak ‘gula-gulakan’ mummy nampaknya ni, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Zahirah ini telah pun meraih hampir 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Isaac jgn nak gula gula kan aunty. Itu bubble gum bukan ubat hehe tapi sebab awak comel aunty sanggup digula gulakan.. ”
” Berus kasut x, berus rambut iye.. Isaac cute lah.. Bagus aiman dan zahirah lebihkan bercakap bahasa Malaysia dgn isaac.. ”
” Sape la wanita bertuah bertuah bertakhta di hati ijack nanti kan.. MasyaAllah sweet sungguh.. Pandai dia nak gula gulakan maknya.. ”
” Suka tgk zahirah xdr nk ajar isaac full speaking english utk ckp harian, campur2x bahasa nmpak cute.. ”
” Haha comel la isaac random je ambik berus pastu sikat rambut. Suka tngok isaac ckp dua bhsa, ank murid gue nk ckp org putihhh je.. ”
” Clever boy untie suka.. bebahasa MALAY terbaiklah.. Ijacckk dah matured dahhh. sikit hari lagi bawa mommy shopping buy car.. ”
” Sikat rambut guna berus kasut haha.. then letak balik berus dan susun cantik-cantik bagi kemas.. terbaik lah Isaac.. ”
” Shomel sangat lah ijack nih.. dahlaaa hensem… ubat pun ubat lah ijack. pandai nak gula-gula kan mummy ye hehe.. ”
Semakin besar semakin pandai lah Isaac si handsome boy ini. Selepas ini, Isaac bolehlah mengambil alih tugas mummy pergi membeli barang dapur. Apa-apa pun, semoga Isaac membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk mummy dan serta daddy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen