Connect with us

Artis / Selebriti

” Yana mintak maaf ya kalau ada yang salah faham.. ” – Uyaina Arshad

Gara-Gara Posting Gambar Pakai Baju Pengantin Semalam, Uyaina Arshad Mohon Maaf Dengan Pengikutnya Di Instagram. Eh Dah Kenapa Ni Uyaina !!

Semalam pengacara cantik dan serba boleh, Uyaina Arshad mengej0tkan ramai setelah memuatnaik gambarnya dalam persalinan busana pengantin yang berwarna serba putih. Uyaina kelihatan sangat cantik dan anggun sekali memakai baju itu.

Ramai yang terkej0t dengan perkongsian itu. Malah peminat dan rakan-rakan selebriti juga ada yang memberikan ucapan tahniah di ruangan komen posting berkenaan. Ada juga yang bertanya sama ada itu gambar Uyaina bertunang dengan kekasih hatinya, Raja Syahiran atau pun gambar semasa nikah.

Namun hasil tinjauan terbaru kami di Instagram, Uyaina telah berkongsi gambarnya yang memakai busana pengantin yang dikongsikan semalam bersama aktor terkenal, Zul Ariffin. Rupa-rupanya ianya hanyalah untuk drama lakonan mereka yang bertajuk, Love Elsa.

Uyaina juga turut memohon maaf sekiranya ada yang salah faham dengan perkongsiannya semalam. Alahai Uyaina ni, saja je tau buat gemp4k dan buat ramai terperanj4t. Tapi gambar last yang pengantin mengantuk tu comel, haha.

Jom ikuti perkongsian Uyaina di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )

https://www.instagram.com/p/CMbmLSXDURl/

Amboi bukan main luas lagi mulut menguap yer gambar yang last tu. Nasib baik comel je tengok. Apa-apa pun memang ramai yang terkena dengan Uyaina semalam, hehe. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Ramai kena gamed ni termasuk lah i, nasib baik tak wish lagi.. ” – Scha Alyahya

” Ya ampun kk una, aku kira asli, ternyata shoot film ya.. Kena sc4m rupanya. Nasib tak sempat wish congrats lagi.. “

” Fuhh lega sikit hati.. Akhirnya terjawab sudah.. sabar yah yang kena pr4nk sama kak yana.. Gmbr last tu hahaha.. “

” Habis satu Malaysia kena pr4nk.. Dah agak dah.. Ingat ke nikah betul2.. Alhamdulillah peluang saya masih ada.. “

” Saje je tau. Suka la tu dapat banyak ucapan taniah semalam.. Menguap sakan yang gmbar last tu haha.. “

” Tak sabar nak tgk drma terbaru yana dgn zul.. pastinya best.. Ya Allah ingat kawen dengan zul arifin. Kena pr4nk.. Hahaaha.. “

” Yg last sekali tu.. yg last sekali hahahaha.. masih lawa.. cuba aku aku macam tu.. hod0h seyyy.. Menguap aja cantik sekali yana.. “

Nampaknya menjadi betul idea Uyaina untuk mengenakan pengikut-pengikutnya di Instagram. Bukan sahaja peminat di Malaysia yang terkej0t, peminat di Indonesia juga tidak terkecuali. Apa-apa pun all the best Uyaina dan Zul Ariffin untuk drama Love Elsa ini. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menontonnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT