Artis / Selebriti
” Wow anak Azah look like Italian model. Handsome betul.. ” – Komen Netizen
Penampilan Azah Aziz Bersama Anak Bongsunya, Justin Di KL Fashion Week Raih Perhatian Warganet. Dah Besar Panjang Anak Azah Ni, Handsome Tetapi Pemalu Orangnya. Dah Jadi Pelakon Sekarang Rupanya. Patut Macam Familiar !!
Pelakon Azah Aziz kembali menetap di tanah air Malaysia sejak tahun lalu. Selepas 20 tahun hidup di Kanada bersama suami dan anak-anak, Azah membawa anak-anaknya untuk merasai kehidupan di negara sendiri pula. Untuk makluman semua, Azah mempunyai 3 orang anak lelaki yang segak semuanya.
Meninjau entry di akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara Azah dan pihak wartawan ketika berada di majlis Kuala Lumpur Fashion Week ( KLFW ). Azah turut ditemani oleh anak bongsunya, Justin.
Kata Azah, dia sendiri tidak menjangkakan anak terunanya ini berminat untuk hadir di KLFW. Azah juga meluahkan rasa gembiranya kerana Justin sahaja satu-satunya anaknya yang menunjukkan minat untuk menjadi anak seni seperti dirinya.

Justin berkulit putih dan memiliki rupa yang kacak. Anak muda ini kini berusia 18 tahun dan kata Azah, Justin ada tempoh setahun untuk bergiat dalam aktiviti seni yang diminati sebelum menyambung pengajian di Australia pada tahun hadapan. Baik model atau pelakon, Azah tidak ada bantahan untuk Justin memilih apa yang diminati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Muka Azah Aziz versi mat salleh.. handsome betul anak teruna Azah ni.. boleh jadi pelakon.. ”
” Anak azah yang no 2 dengan bongsu ni kalau orang cakap mat saleh orang percaya. Walau ada mix melayu.. ”
” Cute betul mom and son ni.. Wow anak Azah look like Italian model.. he got the cut n d look.. Azah as beautiful as ever.. She never aged despite of having some grown up kids.. Ur secret.. ”
” Pelakon boleh , model pun boleh , baik budak ni nampak polite . muka boleh jual ni, handsome dan ada daya penarik.. ”
Dalam temubual ini juga, Justin memberitahu dia langsung tidak mengetahui ibunya ini pelakon yang hebat dan glamour di Malaysia. Ini kerana Azah tidak pernah memberitahu perihal karier seninya dahulu kepada anak-anak sehingga lah mereka sendiri bertanya kerana ramai yang ingin bergambar bersama Azah setiap kali mereka outing bersama.

Azah turut memberitahu Justin sudah mula berjinak dalam dunia lakonan. Walaupun masih malu-malu, Justin boleh improve semua kekurangan yang ada. Tidak mengapa Justin, gunakan masa yang ada untuk mencari pengalaman dan mencipta nama okey. Semoga Justin berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae

