Artis / Selebriti
” Weh, rindunya zaman AF1 dulu. Tak terasa dah 21 tahun berlalu.. ” – Netizen
Video Reunion Peserta Akademi Fantasia 1 Raih Perhatian Ramai. Wah Serius Lah, Masing-Masing Maintain Macam Dulu Walaupun Semakin Berusia !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan barisan peserta Akademi Fantasia 1 dahulu bertemu kembali telah meraih perhatian ramai. Dahulunya program realiti nyanyian ini amat diminati ramai yang bersiaran di Astro.
Bersiaran pada tahun 2003, kini setelah 21 tahun berlalu mereka kembali berkumpul dalam satu majlis reunion. Walaupun tidak kesemua peserta hadir namun tetap meriah dan ia kembali mengimbau kenangan lalu. Antara yang ada ialah Sahri, Khai, Rosma, Nana, Atie, Azza dan Reza.
Kesemua peserta AF1 ini tetap maintain cantik dan kacak seperti dahulu. Ada yang maintain awet muda seperti Azza dan juga Nana. Masing-masing tidak banyak perubahan daripada segi wajah mahu pun fizikal. Tetap sama ketika remaja dan muda dahulu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang menyatakan Akademi Fantasia Musim 1 antara episod yang paling seronok berbanding musim-musim yang lain.
Jom tonton video di bawah :
@anistaqwa Ok ni guna lagu yang versi Malaysia punya..video sebelum ni versi Indon la plknya😂 #reunion #af1 #af3 #adifashla #rezza #azza #atie #nana #rosma #khai #sahri
Perkongsian ini kembali mengimbau kenangan lalu ketika menonton program AF1. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Vince, Khai, Azizi, Sahri, Burn, Adi.. Liza, Rosma, Nana, Ati, Nija, Azza… AF1 paling aku suka.. af 1 ..semua diary wajib tengok.. “
” Bapak laaaa memori gila weyh, masa af1 ni aku tahun5, sekarang dah 32tahun, kenangan sungguh kerat gambar peserta af1.. fenomena gila masa tu.. “
” Atie dgn Adi tu… tragis sungguh time Adi tersingkir…Hahahahaha.. Mana Vince ak dulu gila kat Vince weyy.. Lain muka atie tp cantik sgt.. “
” Wehhh rinduuunye zaman af 1 dlu.. batak eh mule2 ade cite ni kat astro.. aku pakse arwah bapak aku psg astro sbb ni la.. “
” Wowwww best nyerrr reunion Af1 tapi tak complete .. tak terasa dh 21 tahun berlalu. Ya Allah cepattt nya masa berlalu.. “
” Azza pnye muka sama je … dari dulu smpai skrg… cantik .. Nana maintain cun dari dulu.. teruja tgk nana… semoga istiqamah nana….love it.. “
” Masa AF1 ni aku baru darjah 5. Member sume dok cite psl Atie, Nija, Khai, Rosma. Punya la blur sbb rumah xde astro time tu.. “
” Nana..girl crush waktu kecil dulu.. AF1 aku paling tak leh lupa kisah nana teruk kene dgan juri. Now,dia pun bolh berjaya dh skang dgn karier dia.. “
Wah, memang legend ni. Ada yang masih aktif dalam industri seni dan ada juga yang sudah menceburi bidang karier lain. Apa pun, semoga kesemua peserta AF1 ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

