Artis / Selebriti
” Weh berlinang air mata aku. Kasih sayang adik dan kakak tidak dapat dipisahkan.. ” – Komen Netizen

Video anak Dato’ Seri Vida, Kacak membuat kejutan datang ke Spain untuk berjumpa dengan Cik B buat ramai tersentuh. Betul-betul terkejut Cik B tiba-tiba Kacak muncul kat airport. Sebak tengok Kacak menangis..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kacak Kingdom, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kacak terbang ke Spain untuk bertemu Cik B. Kedatangan Kacak ini tidak diketahui oleh Cik B dan Kacak ingin memberikan kejutan kepada kakaknya itu.
Kacak terlalu rindukan Cik B kerana sudah 2 bulan mereka tidak bertemu. Menerusi video ini, dapat dilihat Cik B sedang menanti di lapangan terbang kerana Cik B dimaklumkan PA mamanya akan ke sana. Kacak datang dari arah belakang dan terus memeluk Cik B.
Cik B yang sedang merakam video spontan merakam Kacak dan mereka berpelukan. Sweet sahaja melihat Cik B mengusap-usap kepala Kacak. Hebat bonding antara Cik B dan Kacak dan ini membuktikan didikan DS Vida terhadap anak-anaknya ini berjaya.
Tujuan utama Kacak bertemu Cik B adalah untuk meminta restu Cik B sebelum Kacak meneruskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Sempat juga lah Kacak meluangkan masa beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia bersama PA nya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kacak.kingdom Hanya rindu @cikb_havoc66 doakan kacak SPM🥹 #fyppppppppppppppppppppppp #kacak #foryoupage #masukberandafyp #fypgakni #masukberandamuu #kacakworld
Lebih 40 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Satu aku respect anak2 dato vida ni, dia punya kasih sayang antara satu sama lain even pada mak dia walaupun mak dia over mcmana pun anak2 tetap respect mak dia.. “
” Mereka hanya tinggal 2 beradik aje setelah yang lain meninggal dunia.. sebab tu mereka lebih menghargai… kerana kehilangan itu sangat mnyakitkan.. “
” Apahal aku pun nak ternangis sama ni, padahal bukan anak aku pun adeh.. comel je kacak pegi cari kakak.. tggal berdua je buat mereks saling menghargai.. tahniah kacak dan cik b.. “
” Bukan kacak je nangis auntie pun nangis sekali. kasih sayang tak dapat dipisahkan. betapa sayangnya kacak pada cik b, begitu juga cik b pada kacak. adik beradik yang hebat, anak yang hebat.. “
” Weh berlinang air mata aku. moga berpanjangan kasih 2 beradik ni. Good luck Kacak untuk SPM, take care cik b di perantauan mencari ilmu.. “
” Ala sedih tengok berbaik-baik adik beradik.. Lovenya bonding 2 beradik ni.. bagus kacak minta restu kakak walaupun jauh.. “
” Bagus didikan mama.. anak mama yg hebat dan betul-betul hebat. anak-anak dsv.. cik b seorg yg penyayang dan kacak seorg yg bertanggungjawab.. “
Sebak hati warganet melihat moment adik dan kakak ini. Jauh beribu batu pun sanggup Kacak terbang mencari restu kakak tersayang. Semoga kasih sayang antara Cik B dan Kacak ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan menjadi anak-anak yang hebat untuk mama mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kacak Kingdom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen