Viral
” Weh aku nangis part dia jawab ‘takpelah’. Tinggi tahap bersyukur dia tu.. ” – Komen Netizen
Video penyampai Era, Isha Norsham tidak dapat menahan sebak ketika berbual di talian bersama adik Iman yang viral menjaga ibunya di hospital menyentuh hati ramai. Sedihnya dengar jawapan adik Iman apabila ditanya oleh Isha..
Tular di media sosial video seorang anak lelaki yang menjaga ibunya di hospital kerana ibunya stroke. Adik Iman, itu nama anak yang bertuah yang disebut-sebut oleh warganet. Iman menjaga ibunya dengan cukup baik dan sanggup tidur di lantai semata-mata tidak mahu meninggalkan ibunya sendirian.
Meninjau entry di akaun Instagram dan Tiktok Era FM, telah dikongsikan perbualan antara penyampai Era, Isha Norsham dan adik Iman. Isha bertanyakan beberapa soalan kepada adik Iman dan jawapan yang adik Iman berikan meruntun hati Isha. Sungguh matang jawapan yang adik Iman berikan kepada Isha.
Isha bertanyakan adakah apa-apa makanan yang adik Iman teringin untuk makan, namun anak bertuah ini cuma menjawab ‘ takpelah’. Sikap adik Amin yang tidak meminta-minta itu dikagumi oleh warganet. Apa yang Isha tanyakan semua dijawab dengan cukup sopan dan teratur susunkatanya.

Adik Amin hanya memberitahu dia suka makan ayam dan ibunya pula suka putu bambu. Sekali lagi Isha cuba bertanyakan barangan apa yang adik Amin mahukan dari Kuala Lumpur. Isha tidak dapat menahan sebaknya ketika adik Amin menjawab ‘ tak apa lah, itu pun dah cukup ‘ .
Jom tonton video di bawah :
Video Isha bertemu dengan adik iman :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allahu… baik tutur katanya… membesarlah anak dlm keredhaan Allah… acik sendiri terkedu… lembut je ‘takpe la’… bagus anak… tak mengharapkan apa²… semoga sentiasa dlm rahmat kasih Allah.. “
” Cara dia jawab and tny soalan ‘tapi bila ya?’ Nampak adik iman ni berbudi bahasa. Semoga sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan utk menjaga ibu. aamiin.. “
” Tahap bersyukur nya dia tu.. Allah.. Ikhlas sgt.. tutur kata penuh adab.. Hebat didikan ibu dia…. Jrg sgt jmpa budak umur 13 thun yg btul2 ikhlas n redha..syurga tmpat mu nak.. “
” Allah… Sebaknya… Luhurnya hati seorang anak soleh .. Pastinya ALLAH SWT akan siapkan yg terbaik utk kamu, Nak.. “
” Kita dengar pun terus mata bergenang.. dgr dia jwb cam tu auto berair mata.. moga dpermudahkn segala urusan dia & bjaya dunia akhirat.. masih ada anak-anak yang tinggi akhlaknya dan budi bahasa.. “
” Air mata saya tak henti2 keluar. Lap lap tetap mengalir lajuu. Bab2 ibu ni mmg hati ni sentap.. weh aku nangis part dia jawab “takpelah” bila akak tu tanya nk mkn pape x. baik budaknya.. “
” MasyaAllah.. Sedihnya… bagusnya adik ni.. dia bersyukur dengan apa yang ada dan tak meminta minta.. Semoga adik iman berjaya dunia akhirat.. “
Mungkin adik Iman tidak kaya dengan harta dunia tetapi adik Iman kaya dengan adab sopan dan budi pekerti yang tinggi. Apa yang adik Iman lakukan membuatkan semua merasa kagum. Semoga adik Iman terus menjadi anak yang soleh dan menjadi peneman ibu sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

