Artis / Selebriti
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Lisa Surihani menari di bawah pentas ketika KRU sedang buat persembahan di konsert GenKRU buat ramai terhibur. Wah rancak betul Lisa menari, mesti tak perasan ada yang rekod dia tengah berjoget..
Umum mengetahui Kumpulan KRU telah mengadakan Konsert GenKRU 2025 selama empat hari yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Difahamkan konsert tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para peminat.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik canggunmulan dan flycloset, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan kumpulan KRU di konsert mereka. Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah telatah isteri Yusy, Lisa Surihani yang turut bangun menari ketika menonton konsert.
Lagak gaya Lisa menari dilihat mengikut seperti gaya tarian yang dilakukan oleh KRU. Komen warganet, Lisa seolah-olah mengimbau kenangan ketika dia pernah menjadi penari pengiring ketika konsert KRU ketika diadakan di negara Singapura dahulu.

Ada peminat berseloroh, Yusry kelihatan begitu semangat membuat persembahan apabila tulang belakangnya turut memberikan semangat di bawah pentas. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian di bawah ini :
@canggunmulan
@
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam tak percaya Lisa gitu, lupa diri terus. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. Comel betul lah tengok dia menari.. “
” Lahai patut laa genetik Yusri kemain lagi..Rupanya dia joget kat bini dia, hahaha.. Cute lah tengok, Lisa2.. Tengok Lisa menari lupa terus KRU kt ats pentas.. “
” Yes.. She danced before in one of the songs during KRU SG concert . Time tu she wasn’t in hijab before and it was a cameo.. “
” Lisa pernah iring menari dgn kru msa konsert kt sgapore. Sbb tu dia taw step lagu ni.. Mesti dia terus mengimbau kenangan kan.. “
” Yusry tu dah ambik bahagian dia kat situ je sebab dia tau wife dia setia duk situ, awwwww so sweet laa.. Lisa da lama plan… Camne nak tgk kru konsert depan2 stage…Ooo pandai eh… Ngeh ngeh.. “
” Dulu dulu zaman slkh.. Kita minat Yusry kru…. Hu….Hu….Hu… Akhirnya rezeki Lisa dari peminat…. Kini bergelar isteri…. Syok kan… Jodoh Allah yg diaturkn.. “
” Wah Lisa bkn main… Bangun wat kpop, comey, haha.. Nampak Lisa ni betul2 minat sangat KRU.. Tgk dia menari pun dah tahu.. “
Pandai rupa-rupanya Lisa menari. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada KRU atas pencapaian mereka mengadakan konsert selamat 4 malam yang begitu luar biasa dan sekali gus turut mengubati kerinduan peminat setia KRU sejak dahulu lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok canggunmulan, flycloset, IG lisasurihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

