Artis / Selebriti
” Wah cantik rumah Kak Long. Kemas dan mendamaikan.. ” – Netizen
Video House Tour Rumah Kaklong Kekasih, Syafiqa Melvin Cur1 Perhatian Warganet. Wah Cantik Betul Interior Design Rumah Kaklong Ni. Serba Putih, Nampak Classy Dan Elegant. Siap Ada Bilik Rahsia. Dia Punya Bilik Air Dah Taraf Hotel 5 Bintang, Memang Wow !!
Syafiqa Melvin merupakan kakak sulung kepada pelakon Syatilla Melvin. Turut dikenali sebagai Kaklong di kalangan keluarga dan pengikutnya, Syafiqa telah pun dikurniakan 2 orang cahayamata hasil perkahwinan terdahulunya bersama Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Syafiqa menjadi perbualan ramai apabila selamat mendirikan rumahtangga sekali lagi bersama Azhar Othman beberapa hari yang lalu. Buat masa sekarang, semua mengenai kaklong kesayangan The Melvins ini menjadi perhatian warganet.
Meninjau akaun Tiktok Syafiqmelvin0, telah dimuatnaik satu video throwback yang memaparkan Syafiqa membuat house tour rumahnya. Cantik, elegant dan kemas, itu yang dapat diungkapkan untuk kediaman Syafiqa dan anak-anaknya ini.

Syafiqa lebih menyukai tema putih dan keseluruhan dekorasi dalaman rumahnya berteraskan warna putih. Susun aturnya tersusun dihiasi lampu crystal membuatkan sesiapa yang melihatnya sejuk mata memandang. Syafiqa juga ada menetapkan rules untuk anak-anak untuk memastikan rumah sentiasa kemas.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@syafiqamelvin0 Cantiknya Rumah Kaklong🥰 #syafiqamelvin #syatillamelvin #syifamelvin #syidamelvin #marriage #fypシ゚viral #fypage #fyp #foryourpage #berandafyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantiknya rumah Kaklong, banyak lampu-lampu ala-ala crystal. nice house, suka dengan tema putih. nampak kemas je.. ”
” Kalau tengok rumah kak long, auto lapang ke rasa.. tengok rumah tilla saya jadi tak keruan haha.. sebab saya suka rumah white.. nampak lapang.. ”
” Cantik .. saya suka 1 warna, banyak ii warna .. tengok cepat serabut. anak kaklong bijak suka tengok gelagat diaorang.. ”
” Wah cantik rumah kaklong.. bersih dan kemas, sejuk mata memandang.. contra sangat dengan rumah Tilla ni haha.. tilla suka warna warni.. ”
” Cantik sangat-sangat.. suka macam ni. wall semua putih. perabot pastel colours. kemas dan mendamaikan.. ”
” Biasa je kaklong kata, ni tak biasa la kaklong oiii. Nampak mewah deco macam ni.. cantik g1la.. kemas yang penting bersih betul.. semua nampak tersusun.. home sweet home punya definisi..”
” Cantik rumah nanti kalau ada rezeki nak buat design macam rumah kak long.. minimize colour dan elegant gitu.. ”

Pandai Syafiqa menyusun atur kelengkapan rumah, bilik rahsia tu idea yang bagus dan boleh lah mak-mak yang lain ikut sama. Yang penting rumah akan jadi kemas, hati pun senang melihat rumah yang sebegini. Semoga semua pembaca juga dikurniakan rezeki untuk memiliki rumah seperti ini kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syafiqamelvin0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen

