Artis / Selebriti
” Uishh budak ni berat wehh.. ” – Makder
Video Makder Luangkan Masa Bersama Cucu Tersayangnya, Ayash Affan Raih Perhatian Warganet. Alahai Makin Bambam Lah Ayash, Makder Cakap Macam Nak Semp0t Dukung Ayash Yang Dah 16 Kg Tu, Hehe !!
Bagi yang mengikuti akaun Instagram milik ibu tiri arwah Siti Sarah Raissuddin, pasti mengetahui yang Makder sangat rapat dengan anak-anak arwah. Apa sahaja video yang dikongsikan oleh Makder bersama cucu-cucunya ini menarik perhatian warganet.
Terbaru, Makder memuatnaik video mengisi masa bersama dua orang anak arwah Siti Sarah iaitu Talita dan Ayash Affan. Menerusi video tersebut, Makder membawa Ayash dan Talita berjalan-jalan di mall dan masuk ke dalam sebuah kedai.
Gelagat Ayash mengambil beberapa gula-gula lalu diberikan kepada kakaknya mencuit hati warganet. Habis semua lollipop yang ada pada kotak diambil oleh Ayash. Selepas itu, Makder mendukung Ayash dan kedengaran Makder mengatakan Ayash begitu berat.

Di ruangan kapsyen, Makder mengatakan mendukung Ayash walaupun sekejap membuatkan dia sudah rasa semp0t. Selain itu, Makder memuji Watie seorang yang gagah perkasa kerana selalu mendukung Ayash. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 9 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video gelagat Ayash ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahha nampak Makder betul-betul semp0t tu. Ayash ni kesayangan ramai.. Semoga membesar jdi anak yg soleh berjaya dunia akhirat.. “
” Boooolat sungguh ye Ayash. Comeyyy.. Ger4m tengok part dia berlari tu.. Kejap dah besar lah budak handsome sorang ni.. “
” Nampak berat betul ni, hahahaha.. Semangat bdn dia.. Rasa Ayash besar daripada Matin nampak gayanya, hahahahaha.. “
” Ayyashh sihat.. Dah mok mokkk.. Semangat badan Ayash.. Sama berat anak saya umur 6tahun. Halusss tak naik2 berat badan, haha.. “
” Ayash sebaya dgn ank aunty. Ank aunty halus je. Berat tak naik2 sampai kea jumpa pakar kanak2 Dan pemakanan.. Semoga Ayash sihat2 selalu.. “
” Lucunya Ayash ambik banyak lolipop, hahahahaa.. Seronok tengok Ayash dikelilingi orang-orang yang menyayanginya.. Bahagia Ayash selalu.. “
” Alolo comey nye baby Ayash Affan.. Sbiji mcm muka abgnya Uwais. Sekejap jer masa, dulu tgk baby, skrg Ayash dh besar.. “
Komen Watie pada perkongsian Makder :

Alahai bambam betul Ayash sekarang, Watie turut memberikan komen mengatakan yang berat Ayash sekarang sudah 16 kilogram. Sekejap betul Ayash membesar, semoga Ayash terus diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh buat daddy, ibu dan serta mummy.

Silakan SHARE..
Sumber :IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

