Connect with us

Artis / Selebriti

” Tuan lagu nak nyanyi pun puas tahan gelak tu. Dato’ Awie pun dah r0sak, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Awie Menyanyi Lagu Viral ‘Pinjam Seratus’ Buat Ramai Terhibur. Alahai Sporting Betul, Boleh Terjebak Sama Dato’ Awie Pun. Siap Tambah Sound Belakang Lagi, Lawak Juga Dato’ Awie Ni !!

Lagu Nurnilam Sari versi Pinjam Seratus yang diubah daripada lirik asal lagu Dato’ Awie menjadi viral dan siulan ramai. Bukan hanya warganet yang terpengaruh dengan lagu ini, malah penyanyi asalnya Dato’ Awie juga turut terjebak sama.

Menerusi akaun Tiktok Awiealpamalo, Dato’ Awie mendendangkan lagu ini sambil tersenyum. Dengan kapsyen di video tertulis ‘ aku pun terbabit, naye ‘  disertai emoji ketawa. Alahai sporting betul Dato’ Awie ni, ikut trend sangat. Siap tambah ‘ wow’ dekat hujung tu membuatkan warganet terhibur.

Dato’ Awie pun kelihatan enjoy sahaja menyanyi lagu ini. Lirik pun mencuit hati, elok pula ditukar daripada lirik asal ‘ Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari, buatku merempuhi malam‘ menjadi ‘ Pinjam seratus Nur Nilam Sari, pakai dulu bayar nanti’. 

Lagu Nurnilam Sari ini antara lagu Wings yang popular dan menjadi kesukaan ramai. Malah sehingga kini juga, lagu ini antara lagu wajib karaoke dan diminati oleh ramai orang. Kalau penyanyi asal pun terjebak dengan lagu ini, apatah lagi yang bukan penyanyi.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ) :

@awiealpamalo

♬ Nur Nilam Sari – Search & Awie

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Awie pun dah r0sak haha. Ni bukan Awie Wings tapi Awie Wang haha. Suara sebijik dato’ Awie haha.. ”

” Wow.. suara sebiji macam azhar othman.. boleh jadi artis ni haha.. Dengor cite nurnilam sari tu sampai sekarang x dpt2 lg yg seratus tu.. ”

” Alamak dato’ awie dah follow trend haha.. Terbaik lah dato’ Awie ni, sangat-sangat sporting.. tergelak dengar wow belakang tu haha.. ”

” Saya sampai dah lupa terus lirik asal dia. duk terngiang-ngiang pinjam seratus nurnilam sari haha.. adui bila owner lagu pun terjebak, terbaik abang awie.. ”

” Pergh owner lagu hadir weh haha.. layankan je, mantap lah dato’ Awie.. kalau ada pinjam lah dulu 100 haha.. ”

” Terbaik sampai dato’ awie kena racun haha.. tuan lagu nak nyanyi pun puas tahan gelak tu haha.. ”

” Haha otai dah muncul.. dato’ awie pun dah r0sak.. r0sak teruk betul ni haha.. masuk air jugak dato’ awie ni.. ”

Kelakar lah bila tuan punya lagu menyanyi lagu ni, mesti Dato’ Awie pun menahan gelak ketika menyanyi. Pinjam seratus pun boleh lah, haha. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Awiealpamalo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT