Artis / Selebriti
” Cantiknya, nampak sebiji, kreatif betul lah.. ” – Netizen

Video Dato’ Francissca Peter menerima Patung Yang Menyerupai Penampilan Ikoniknya Di Anugerah Juara Lagu Pertama Pada Tahun 1986 Raih Perhatian Warganet. Wah Cantiknya, Dato’ Francissca Pun Teruja Tengok !!
Sebut sahaja nama penyanyi Dato’ Francissca Peter, pasti ramai yang masih mengingatinya lagi. Namanya memang tidak asing buat peminat muzik tanah air, terutamanya mereka yang merasai kegemilangan muzik pada era tahun 90an.
Meninjau di akaun Instagram radio H0t FM telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato Francissca menerima patung yang menyerupai penampilan ikoniknya di Anugerah Juara Lagu (AJL) pertama pada tahun 1986 oleh Wesley Anak Juntan atau lebih dikenali dengan jenama Wesley Hilton.
Menerusi video itu, Dato’ Francissca membuka bungkusan tersebut dengan berhati-hati dan kelihatan Dato’ Francissca tidak sabar untuk melihat patungnya itu. Setelah dibuka, Dato’ Francissca melihat dengan penuh rasa teruja dan memuji patung tersebut sangat cantik.
Kelihatan patung ini disertai dengan piala AJL yang dihasilkan dengan teliti, mikrofon, dan aksesori yang mencerminkan apa yang dipakai oleh Dato’ Francissca pada malam bersejarah itu. Patung itu juga mempunyai gaya rambut bergelombang yang klasik dan solekan yang membangkitkan memori pada era tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Perkongsian oleh Dato’ Francissca di akaun Instagram miliknya :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji kecantikan patung Dato’ Francissca tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya, nampak sebiji, kreatif betul lah.. Sangat teliti rekaannya.. Penghargaan yg amat bermakna utk Dato’ Fran.. Tahniah.. “
” Cantik.. Terima kasih krn berkongsi cerita yang panjang ini. Apa pun lagu Akulah Kekasihmu mmg popular dari dulu sampai skrg.. “
” Ohh woww.. The “baju kurung” is so perfect, beautiful.. Bangga Dengan Kak Fran walau berlainan bangsa tapi mampu berbaju kurung.. “
” Sangat memukau lah melihat patung ini.. Nampak betul2 seperti Kak Fran..Nak patungKak Fran pakai baju pink untuk ‘ Aku Kehilanganmu’ AJL 86.. “
” Cantiknya.. Terus teringat persembahan lagu Sekadar di Pinggiran. Suara telan kaset betul lah Fran. Sy salah seorang peminat Fran.. “
” Tengok video ni, terus aku cari kat YouTube… sbb nak tgok rambut tu.. Hahaha sama lah.. Memang cantik sangat tengok.. “
” Yes one of my fav singers. Lagu Nye semua best.. Melet0pzz.. Kita yang tengok pun tumpang teruja.. Kagum sangat tengok hasil Wesley.. “
Cantiknya patung khas Dato Francissca Peter. Ini adalah salah satu bukti komitmen Wesley Hilton dalam menghormati warisan budaya Malaysia dan legenda muziknya. Semoga Dato’ Francissca sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus maju jaya dalam bidang seni suara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm, francissca_peter
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen