Artis / Selebriti
” Tokti je kalau tunjuk gini kitorang boleh terima. Kalau orang lain, kita claim riak, haha.. ” – Komen Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Kereta Impiannya Yang Baru Dibeli Buat Peminat Teruja. Wah Bukan Kaleng-Kaleng Kereta Baru Tokti Ni. Afwa Pun Pandai Pura-Pura Terkejut, Hehe. Ada Yang Baru 1st Time Tengok Tokti Drive !!
Memiliki kereta idaman adalah impian ramai orang. Begitu juga dengan penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang juga mempunyai kereta impiannya. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Dato’ Siti memuatnaik video kereta impiannya yang baru dibeli.
Akhirnya impian Dato’ Siti untuk memiliki Range Rover yang terbaru menjadi kenyataan. Anak-anak Dato’ Siti, Aafiyah dan Afwa juga kelihatan teruja menaiki kereta baru ibu mereka. Turut dikongsikan juga video ketika Dato’ Siti memandu kereta yang berwarna hitam itu.
Jarang-jarang sekali kita dapat melihat Dato’ Siti memandu sendiri kereta sebelum ini. Ini kerana Dato’ Siti mempunyai pemandu dan juga pengurus peribadi yang akan membawanya ke destinasi yang ingin dituju. Dapat dilihat juga suami Dato’ Siti, Datuk Khalid Mohamad Jiwa turut hadir ke sesi penyerahan kereta tersebut.
Perkongsian ini sedikit sebanyak membuatkan peminat-peminatnya berasa teruja dapat melihat Dato’ Siti membawa keretanya sendiri. Setakat artikel ini ditulis, video Dato’ Siti ini telah memperolehi lebih 32 ribu tanda suka dan hampir 500 komen.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang teruja dapat melihat Dato’ Siti memandu sendiri keretanya. Antara komen-komen yang menarik dapat kami kongsikan dengan anda adalah :
” Tokti je kalau tunjuk2 gini kitorang blh terima. kalau org lain, kite claim riak hahahahaha. Tokti heli pun boleh beli.. “
” Sama taste kita dato.. cuma sy tak mampu la beli range rover.. Mcm x caya Tokti boleh drive lg hehe.. Pandai afwa pura2 terkejut hahaha.. “
” Dia tktau ka dia siti Nurhaliza. haishh dia punya ayat mcm org bru dpt naik gaji.. 1st time tgok tokti drive.. “
” Kita Dapat Beli hot wheels RR pun jadi lah.. Tokti drive pun cantikkk pertama kali tengok tokti drive.. “
” Baru tahu kak iti boleh drive, tahniah kete baru. nt bawak kite tau.. Senyum kan kita semua tgk video ni.. “
” Alhmdulillah. Rezeki anak anak dan kerja keras kak iti.. seronok Afwa tu yeeee.. Wahh first time tgk tokti drive.. “
” Tokti kalu tunjuk apa2 aq x rasa dia riak pun. Sbb dia memg mengispirasikan org. Powerrrr.. untung kereta tu dgr suara tokti hari2.. “
Pasti Dato’ Siti tersenyum puas dapat memiliki kereta idamannya. Selepas ini boleh lah Dato’ Siti membawa anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa pergi berjalan-jalan. Apa-apa pun, semoga Dato’ Siti berhati-hati selalu semasa memandu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen