Artis / Selebriti
” Tokti jangan tertipu, senyuman dia penuh misteri.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa request untuk menyanyi ketika konsert ibunya nanti buat ramai terhibur. Wah, seriuslah Afwa nak nyanyi lagu tradisional. Terkejut ibu, macam tak percaya. Takut Afwa tutup mic ibu je nanti, hehe..
Gelagat comel anak bongsu penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila secara spontan menyatakan hasrat untuk menyanyi di konsert ibunya. Wah, seriuslah Afwa nak menyanyi.
Menerusi sebuah video yang dirakam ketika mereka berada di dalam kenderaan, Afwa secara tiba-tiba memberitahu bahawa dia mahu turut serta membuat persembahan di konsert ibunya. Perkara itu membuatkan DS Siti kelihatan sedikit terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya sehingga bertanya sekali lagi bagi mendapatkan kepastian.
Tanpa ragu-ragu, Afwa sekali lagi menjawab bahawa dia memang mahu menyanyi. Lebih mencuit hati, kakaknya, Siti Aafiyah, turut sama menyatakan hasrat untuk membuat persembahan di pentas konsert tersebut. DS Siti kemudian bertanya kepada Afwa lagu apakah yang ingin dinyanyikannya.

Perkongsian video itu segera mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang sememangnya sudah sedia maklum dengan gelagat Afwa yang sering mencuit hati. Ramai berseloroh bahawa tujuan sebenar Afwa mahu naik ke pentas bukanlah untuk menyanyi, sebaliknya untuk menutup mikrofon ibunya ketika konsert berlangsung.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Dia suruh tutup microphone Tok Ti masa konsert nanti.. abis laaa dia cuba sabotaj ni….silap2 semua bergelap… afwaa tutup suis.. “
” Afwa dah lama rancang ….. Mak iti yang lalai , Nanti afwa ckp ibu tak payah nyanyi biar afwa je nyanyi , Afwa nnt ‘ha ha ha’ Untuk lagu ibu, jangan jadi bunyi seram tau.. “
” Kalau afwa betul² nyanyi aku rela beli ticket VVIP. jgn tokti.. die sbnanye nk cari plug point nk off atas stage tu hahahah.. “
” Nakkk … tapi afwa janji jangan tutup suis okay?? Tokti please buat black n white jangan bagi afwa tutup suis .. “
” Jgnnnn..kan nnt dia tutup habis lampu stadium.. Bijak Aafiyah “ada microphone nanti” jadi xda masalah xkuat Ibu.. “
” Tiket habis dijual sesaat gara-gara nk tengok Afwa, Janji tau adik, jgn soh tutup mic atau tutup suis tau… Risauuuu.. “
” Tokti jangan tertipu, sebenarnya Afwa nak tutup mic masa dekat konsert. Senyuman dia penuh misteri.. Ticket pun habis laju sebab afwa ikut dalam konsert.. “
Pastinya ramai menantikan sama ada Afwa benar-benar serius mahu membuat persembahan di konsert ibunya. Apa-apa pun, jika Afwa benar-benar muncul dengan mikrofon di tangan nanti, sudah pasti ia akan menjadi antara momen paling mencuri perhatian dan menghiburkan buat para peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muhd Afwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti2 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

