Connect with us

Artis / Selebriti

” Terubat rindu dengar suara Amir. Betul lah kata Datuk Awie, Amir buka mulut suara dah sedap.. ” – Netizen

Video Persembahan Amir Sisi The Choose One Di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Buat Ramai Kagum. Wow Terbaik Lah Amir, Walaupun Tanpa Rehearsal Dan Sound Check, Nyanyian Amir Tetap Power. Terubat Rindu Tengok Amir Menyanyi !!

Penyanyi cilik, Amir Sisi telah melakar sejarah apabila menjadi Orang Asli pertama menjuarai program realiti nyanyian kanak-kanak The Choose One di Astro Ceria baru-baru ini. Setiap kali menyanyi pastinya ramai yang tersentuh dengan bakat suara dan anugerah yang dimiliki Amir yang baru berusia 12 tahun.

Sebelum ini, video persembahan Amir menyampaikan lagu Sesungguhnya dan lagu Tiara yang dipopularkan kumpulan Kris hingga menyebabkan beberapa juri sebak serta menitis air mata menjadi tular di media sosial. Difahamkan bakat Amir dikesan gurunya selepas kanak-kanak itu sering melaungkan azan, menyertai pertandingan nasyid di kampungnya.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun TikTok, dikongsikan video yang memaparkan Amir melakukan persembahan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Menerusi video itu, Amir sekali lagi menyanyikan lagu nasyid Sesungguhnya. Tulis pemilik akaun TikTok tersebut, meskipun tanpa rehearsal dan sound check, Amir mampu membuat persembahan dengan baik sekali.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet yang sentiasa menanti video baru Amir. Sehingga kini, video Amir ini ditonton lebih 50 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Meremang mendengar suara Amir menyanyi.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )

@anirahli

Yg rindu Amir, meh tengok ni. Persembahan Amir di DBP KL…lagu ke 2 kita nak komen sikit kat penganjur, boleh tak? #amirsisi #amirthechosenone #ceritaacikanie #dbp kredit dr live@Amir Sisi(Unuk)Official @Termoj Production

♬ original sound – AcikAnie 🌹 – AcikAnie 🌹

Di ruangan komen, selain menyukai video persembahan Amir, ramai yang meluahkan rasa rindu melihat Amir. Antara komen-komen warganet adalah :

 ” Terubat rindu dengar suara Amir. Betul lah kata Datuk Awie, Amir buka mulut suara dah sedap.. Semoga Amir terus berjaya ya.. “

” Tengok dkt live Amir.. Lagu kedua tu muzik kuat sangat, smpai Amir tak dengar suara dia.. Tapi apa pun persembahan Amir terbaik hari ini.. “

” Rindu dan sayu dengar.. Tq share video ni.. Rabu malam yang dah sepi tanpa anak yang hebat kiriman Allah.. Makcik doakan semoga Amir berjaya di masa hadapan.. “

” Mak2 Malaysia sentiasa menunggu perkembangan anak Amir ni.. Satu dalam seribu suara anak Amir.. Terbaik lah Amir.. “

” MasyaAllah.. Sedapnya suara wahai anak.. Anugerah Allah.. Semoga Allah sentiasa bersama Amir.. Kita semua rindu suara Amir.. “

” Rindunya nka tengok persembahan Amir.. Allahuakbar.. Merdu sekali suara emas mu Amir.. Moga Amir menjadi anak yang soleh.. “

” Twerbaik lah Amir.. Menang1s sis bila Amir menyanyi.. Sis teringat arwah mama.. Tak jemu dengar suara merdua Amir.. Merdunya.. “

Klik gambar untuk info..

Tidak pernah mengecewakan persembahan Amir. Betul lah apa yang dikata oleh Datuk Awie dahulu, Amir begitu istimewa dan suaranya sangat unik hingga mampu buat orang ramai terbuai mendengar nyanyiannya. Semoga Amir terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok anirahli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT