Artis / Selebriti
” Power Aliff Aziz, you nail it. Tokram really kena kelentong hidup-hidup.. ” – Netizen
Video Persembahan Aliff Aziz Menyanyi Lagu Datuk M. Daud Kilau Di All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Terhibur. Amboi Aliff Punya Gelek, Memang Power Lah. Part Anak Alif, Ayden Dan Anak Nabil, Medina Pun Naik Pentas Bergelek Sama Tu Gempak Lah !!
Untuk cabaran minggu ini di All Stars Gegar Vaganza, Aliff Aziz mendapat tugasan menyanyikan lagu popular dendangan asal Datuk M Daud Kilau berjudul Cek Mek Molek. Belum pernah sepanjang penglibatan Aliff dalam bidang suara menyanyi lagu genre sebegini dan ianya benar-benar mencabar kemampuan Aliff.
Meninjau akaun Tiktok Beritaofficial.my, telah dikongsikan video persembahan Aliff ini semalam. Sesuai dengan gaya Datuk M. Daud Kilau, Aliff turut memakai baju berkilat berwarna hijau dan putih serta berkaca mata. Aliff memulakan nyanyiannya dari tempat penonton.
Ketika Aliff menyebut sahaja ‘ Oo hoiii’, bergema seluruh MBSA dengan sorakan. Lain macam sungguh persembahan Aliff kali ini. Bukan hanya suaranya yang sedap didengar, tetapi cara Aliff bergelek ala-ala Datuk M.Daud Kilau bikin gamat seluruh dewan.

Tersenyum sahaja juri tetap, Dato’ Ramli MS melihat nyanyian Aliff ini. Satu lagi kejutan Aliff pada episod ini apabila anak sulungnya, Ayden Adrian dan anak Nabil Ahmad, Medina muncul di pentas dan turut bergelek bersama-sama. Lagi bertambah riuh dengan suara sorakan penonton.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@beritaofficial.my #aliffaziz memang lain daripada yang lain. #allstarsgegarvaganza #sembangentertainment #beritaofficialmy
Komen Tok Ram yang terkejut dengan mutu persembahan Aliff :
Lebih 19 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Rata-ratanya terhibur melihat persembahan Aliff dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aliff paling menepati kehendak tok ram. x ubah arrangement dan mghayati watak utk lagu tu. in character betul, dgn bunyi dangdut gaya m daud kilau.. ”
” Power aliff Aziz u nail it… tak tau da brapa Kali rewatch again.. Bkn character sebenar AA ni tapi dia bole bawak dgn baik…. syabas Aliff.. ”
” Anaknya pun menari sekali, cutenyaa.. macam gini lahh, keluar terus suara emas Aliff tu.. memang best Aliff malam ni.. ”
” Tergamam d buat nya, terbaik Aliff sambut cabaran tokram.. persembahan yg x jemu utk ulang2 Kali tengok.. versatile sangat.. ”
” Tok Ram really kena KLENTONG hidup-hidup. Lagu ni betul-betul luar dari zon selesa dia, tapi he truly embraced it.. Bukan mudah nak bawak lagu macam ni.. Ohhhhhhhhhhh Hoiiii.. ”
” Minggu lepas duk fikir mcm mane Aliff nak bwk lagu nih tapi memang menjadi ah, memang power.. Wehh best betholl dia perform malam ni . Anak dgn bapak sama lentik.. ”
” Best g1ler performance Alip malam ni.. tersenyum dari start sampai ending. Awesome.. Rupanya alif nyanyi dangdut lg best hehe.. bak kata tokram penyanyi Leman.. ”

Siapa sangka Aliff boleh membawakan lagu ni dengan cukup baik dan gayanya yang tersendiri. Tokram pun terkejut kali ini, tertipu dengan kemampuan sebenar Aliff. Thumb up untuk Aliff dan semoga pada minggu akan datang Aliff akan mengekalkan momentum ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok beritaofficial.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



