Artis / Selebriti
” Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda.. ” – Remy Ishak
Remy Ishak Muatnaik Gambar-Gambarnya Bersama Anaknya, Tuah Alam Raih Perhatian Warganet. Alahai Tuah, Bulatnya Mata Tu. Pandai Senyum, Comel Sangat !!
Pada penghujung bulan Julai yang lalu membawa kebahagiaan buat aktor kacak pujaan ramai, Remy Ishak apabila isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Mengimpikan nama anak yang berbunyi kemelayuan, nama Tuah Alam dipilih untuk si comel mereka.
Berbulan-bulan ‘menyimpan’ wajah Tuah, akhirnya semalam wajah Tuah ditayangkan dalam rancangan Oh Baby Remy! : Tuah Oh Tuah episod pertama yang bersiaran bermula pada 14 November. Ramai yang memuji kecomelan wajah Tuah itu.
Meninjau entry terbaru Remy Ishak di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik beberapa keping gambar Remy dan Ezza bersama Tuah. Remy kelihatan sedang meriba Tuah dan Ezza menunjukkan sesuatu di paparan handphone milik Ezza.

Kapsyen Remy pula ringkas sahaja berbunyi ‘ Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda’. Terpancar dari wajah Remy betapa sayangnya Remy terhadap Tuah. Anak yang melengkapkan kehidupan Remy dan Ezza dan memeriahkan rumah.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Remy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka ayah sebijik, mata bulattt.. Alolo cutenya Tuah ni.. Subhana Allah semoga tuah menjadi anak yang soleh.. ”
” Tuah iras muka bondanya.. Mashaallah. Anak yg bijak tengok tu jari Tuah Alam, taat pada yang satu. Senyuman manis comel macam bondanya.. ”
” Alololo cutenyer Tuah.. nampak macam iras-iras Bonda jer nihh hehe.. Handsome ye Tuah.. boleh law4n ayah nanti.. ”
” Handsome nya Tuah, anak yang bertuah.. Hero kecik Remy Ishak yang cute.. Assalamualaikum Tuah Alam.. ”
” Muka bonda sangat lah Tuah.. Eah eah muka nya full follow momy nyaaa.. handsome nya tuahhh.. ”
” Barokallahufikum… Semoga keberkahan selalu tercurahkan. Comel sangat Tuah, muka bonda.. ”
” Foto ni muka tuah nampak kombinasi ayah bonda.. handsome boy lah Tuah. mata tu bulat betul.. ”
Sesungguhnya Tuah Alam adalah anugerah paling bermakna dan tak ternilai dengan wang ringgit untuk Remy dan Ezza. Seperti kata Remy dalam episod pertama semalam, dia ingin Tuah merasai kasih sayang seorang ayah sepenuhnya. Apa-apa pun, semoga Remy berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Remy Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen



