Artis / Selebriti
” Wah dah ada greenlight. Kita pulak rasa bahagia tengok.. ” – Netizen

Gambar Noor Nabila Bersama Jebat Jayden Dan Amelia Christie Raih Perhatian Warganet. Wah Akhirnya Bertemu Amelia Dengan Mommy Jebat. Ada Yang Cakap Muka Nabila Dan Amelia Nampak Seiras. Ayat Nabila Tu Hint Betul !!
Umum mengetahui Sharnaaz Ahmad menjalin hubungan cinta bersama pelakon Amelia Christie. Hubungan mereka ini juga mendapat ‘ restu ‘ daripada anak Sharnaaz, Jebat Jayden. Pada perkongsian sebelum ini, ada Sharnaaz kongsikan video Amelia bersama Jebat ketika menyambut hari lahir Amelia.
Tidak itu sahaja, nama Amelia yang dipanggil sebagai Auntie Amelia juga seringkali disebut oleh Jebat. Salah satunya video ketika Jebat kantoikan bakal pergi bercuti bersama baba, mommy dan Auntie Amelia. Nabila yang mendengar ketika itu hanya ketawa sahaja.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Jebat Jayden, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Jebat bersama Nabila dan Amelia. Akhirnya Amelia berjumpa dengan Nabila dan kemesraan mereka ini disenangi oleh ramai warganet.
Ramai yang mengatakan wajah Nabila dan Amelia kelihatan seiras dan seperti adik dan kakak. Pada ruangan kapsyen ada ditulis ucapan terima kasih kepada Amelia kerana sudi memasak untuk Jebat dan mommynya. Tengok gambar ini, Jebat yang terpaling gembira.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam adik beradik mommy jebat dan aunty Amelia.. muka sama.. comelnya gambar ni. Kita lak rasa bahagia tengok.. ”
” Suka betul tgok Bella ni. Dia respect each other. Good mamy Bella. Bagus btul nabila ni.. Semua dia ok je.. Artu ngn anak era dia lyn baik.. Skrg ngm gf bekas suami pn dia layan baik.. Aku rasa aku pun x sekuat itu.. ”
” Ceh ada dua mummy. steady anak antuu.. Untung jebat ada 2 mummy yg cantik.. Muka baby dah nak serupa aunty amelia.. ”
” Wahh.. dh ada greenlight… steady ank antooo.. Pandai Daddy mamu cari na, sama je muka macam adik beradik Bella dengan Amelia.. ”
” Wahhh cantik laa dedua mommy Jebat.. Jebat anak terpaling bahagia.. mummy dan bakal mama, muka dorang semua sama.. ”
” Aunty amelia dah lebih kurang air muka . Jodoh kuat nii.. dah macam adik Nabila pun ada.. Jebat is so lucky.. ”
” Macam kakak dengan adik pulak dh. kira Amelia lulus interview dengan mommy Jebat la ni hehe.. my respect to mommy bella.. positive vibes around u as always.. ”
Nabila juga ada berkongsikan gambar mereka ini di Insta Story miliknya :
Alahai mana tak bahagia Jebat apabila ada mommy dan bakal mommy yang cantik dan baik seperti Nabila dan Amelia. Nampaknya bukan Jebat sahaja sudah approve, mommy Jebat pun macam suka betul dengan Auntie Amelia, hehe. Apa-apa pun, semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jebat Jayden, IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Iras Zahirah Macwilson, 11 tahun dah cantik macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen