Artis / Selebriti
” Sweet la mereka ni. Best friend forever, dua-dua profesional.. ” – Netizen
Video Temubual Erra Fazira Bersama Dato’ Awie Raih Perhatian Warganet. Baru Tahu Dari Situ Bermulanya Kisah Awie Dan Erra. Amboi Pandai Betul Awie Tackle Erra Masa Tu. Dari Kayu Jadi Primadona Katanya, Hebat Awie !!
Dato’ Awie dan Erra Fazira pernah bergelar pasangan sensasi suatu masa dahulu, namun takdir telah tertulis mereka tiada jodoh. Sekali pun pernah bermasam muka dan tidak bertegur, sekarang Dato’ Awie dan Erra kembali akrab sebagai sahabat baik.
Meninjau akaun Instagram Errafazira490, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Erra dan Dato’ Awie. Erra membuka cerita kisah silam bagaimana dirinya boleh terjebak dalam dunia lakonan. Kata Erra, dia langsung tiada asas lakonan.
Dato’ Awie adalah orang yang menjadi asbab Erra menjadi pelakon popular. Dari berlakon seperti kayu, Erra mendapat jolokan primadona filem Melayu. Menyambung ceritanya, kata Erra Dato Awie membawanya ke audition Datuk Yusuf Haslam.
Awalnya Datuk Yusuf keberatan untuk menawarkan watak kepada Erra tetapi Dato’ Awie berjanji akan membuat sesuatu. Hasil usaha Dato’ Awie mengajar Erra, akhirnya Erra diterima sebagai pemegang watak utama Sembilu. Filem itu juga lah bermulanya kisah cinta mereka.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@errafazira490 😍 #errafazira #engkualeesya #anakerrafazira #fyp #foryoupage
Perkongsian ini telah pun merekodkan ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masa ni sis pon tngh brtunang… Lps tu putus lebih kurg cm. cerita awi n era.. tua dh dia org ni .sebaya aku.. ”
” Kalau di Bolyywood ada shah rukh khan dan kajol.. di m’sia ada awie n erra… so sweet couple.. Baguslah dorang ni tak de dend4m.. ”
” Sahabat baik dulu dan kini.. dari bek4s tunang kini jadi kawan baik.. suka tengok dia orang.. ”
” Mengimbau kenangan ni.. tgok filem sembilu sampai 10kali hehe.. last Awie Erra DTG Cathay Sabah jumpa peminat.. ”
” Alhamdulillah Masih bersahabat baik.. suka tengok Awie Ngan Erra.. sy memang peminat antara Erra & awie.suka tengok filem lakonan Erra & awie. semua filem dri diaorg memang sy meminat hingga skrg ini.. ”
” Sweet la mereka ni… best friend for ever… dua2 profesional.. tak sangka Awie rupanya yang ajar Erra berlakon. Terbaiklah Awie.. dari kayu jadi primadona tu.. ”
” Bersahabat lagi baik kan Erra.. sweet je, sahabat selamanya.. sweet awie dan erra di alam remaja watak berlakon.. ”
Al-kisahnya yang ramai tidak tahu Awie yang ajar Erra berlakon. Besar jasa Awie sehinggakan nama Erra sudah gah sebagai pelakon sekarang. Semoga hubungan persahabatan Erra dan Dato’ Awie ini berkekalan sampai bila-bila dan kedua-duanya terus maju jaya dalam kerjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Errafazira490
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein