Artis / Selebriti
” Tergelak tengok, tengah merajuk pun sempat makan. Kemain laju dia ngap.. ” – Netizen

Syamel Muatnaik Video Gelagat Anak Perempuannya, Nur Khawla Soleha Merajuk Buat Warganet Terhibur. Fuh Ni Memang Betul-Betul Ernie Kuasa 2, Merajuk Sebijik Macam Ernie. Habis Lah Syamel Kalau Ernie Dan Khawla Merajuk Serentak Macam Ni, Haha !!
Anak Syamel dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha antara anak selebriti yang menjadi perhatian warganet. Khawla seorang yang ceria, sama seperti ibu dan daddynya. Tidak hanya itu, Khawla juga dikatakan banyak copy paste perangai ibunya.
Meninjau akaun Tiktok Syamel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Khawla merajuk dengan Syamel. Tulis Syamel di kapsyennya, dia menggunakan cara pujukan yang sama dan pengalaman banyak mengajarnya untuk menangani masalah ini.
Gaya Khawla merajuk dengan berwajah masam dan mulut muncung dikatakan seperti Ernie. Ayat pun ditiru ayat ibunya juga. Comel betul apabila Khawla merajuk seperti itu. Nasib baik daddy pandai menggunakan ayat-ayat manis memujuk Khawla, memang boleh cair lah Khawla.
Walaupun merajuk, tangan Khawla laju je mengambil fries di atas meja dan memasukkannya ke dalam mulut. Ish ish, satu lagi perangai Ibu yang Khawla tiru. Asal merajuk je mesti nak makan. Lawak lah Khawla, geram pula warganet melihat telatah Khawla itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sekiranya video lambat keluar )
@syamel_official Pujukan yang sama. Pengalaman mengajar Bangmel. #HmMajok #Ernietravelsize
Lebih 458 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Syamel ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mini Ernie haha.. Ni kalau erni merajuk dlm masa yng sme khawla merajuk hmm habislah bangmel haha.. ”
” Tengah merajuk pun sempat makan kentang haha.. Kemain laju dia ngapp pulak tu, lepaskan geram hehe.. ”
” Tergelak tengok part lepas makan sambung merajuk balik tu haha.. Makan tu penting kan Khawla. Amboi siap pusing belakang lagi haha.. ”
” Asal merajuk je makan haha.. Ernie travel size katanya hehe.. Jenuh la Syamel memujuk. 2 ernie dalam rumah, tak jenuh kau haha.. ”
” I wonder apa perasan Ernie bila tengok lala merajuk macam ni. Mesti ernie rasa macam tengok cermin haha.. perangai serupa betul anak dengan mak.. ”
” Penyabarnya Syamel, ada Ernie kuasa 2 nak kena pujuk haha.. weiii khawla majuk dan pandai bebel2 sambil tu.. alaahhhhh comeeelll.. ”
” Dia merajuk pun siap ada mix voice lagi. Semua teknik vokal keluar haha.. Kemain ek Lala majuk, sempat lagi makan kentang.. ”
Siapa tidak geram melihat mini Ernie ni, merajuk dia boleh kalah merajuk ibu. Syamel memang penyabar dan sweet orangnya. Hanya Syamel yang boleh handle Ernie dan Khawla, hehe. Apa-apa pun, semoga Khawla menjadi anak yang soleheh buat ibu dan daddy ye. Jangan kuat merajuk sangat Khawla, letih daddy pujuk nanti, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen