Connect with us

Artis / Selebriti

” Terbaik lah Ridz, tak pernah emosi menjawab soalan yang kadang-kadang sensitif.. ” – Netizen

Video Cara Ridzokumura Menjawab Satu Soalan Daripada Netizen Mengenai Isterinya, Akiko Okumura Raih Pujian Warganet. Penuh Sopan Ridz Menjawab, Langsung Tak Marah. Kalau Orang Lain, Mahu Mengamuk Dah !!

Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai pengguna Instagram pasti tidak sabar menantikan video yang akan dimuatnaik oleh pengusaha salun rambut terkemuka iaitu RidzOkumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib dan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura.

RidzOkumura atau mesra dengan panggilan Ridz sering berkongsi video juadah bersahur dan berbuka puasa yang dimasak oleh isterinya, Akiko Okumura yang berasal dari Jepun. Selain hidangan menu yang berselera, telatah Ridz dan Sky ketika berbuka puasa turut mencuit hati netizen.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ridz telah dikongsikan video Ridz memuatnaik satu video yang memaparkan Ridz menerima satu soalan daripada seorang netizen yang bertanya mengenai status agama isterinya. Dengan penuh sopan santun dan langsung tidak beremosi, Ridz menjawabnya dengan baik.

Ramai yang memuji cara Ridz menjawab pertanyaan tersebut dan menyifatkan Ridz seorang yang baik dan tidak pernah melenting menjawab soalan-soalan daripada netizen meskipun ianya adalah soalan sensitif. Ini bukan lah kami pertama Ridz menerima soalan seperti ini.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji cara Ridz menjawab pertanyaan tersebut dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Terbaik lah Ridz, tak pernah emosi menjawab soalan yang kadang-kadang sensitif.. Dah la kaya.. Isteri lawa.. Rambut lawa.. “

” Alhamdullilah selalu ikhlas menjwb setiap komen yg diberi… Selamat berpuasa pada Sky jgk dan isteri cantik tu.. “

” Abang Ridzo kalau bab bersopan santun, saya bagi A bang kikiki jangan mara bang, gurau je.. Semoga Abang Ridzo sekeluarga terus bahagia bersama.. ” 

” Alhamdulillah suka mengikuti kehidupan saudara. Sangat bersederhana . Keep it up. Be a good Muslim saya doakan In Syaa Allah.. “

” Abah Sky memang terbaiklah; sopan santun tak pernah emosi jika menjawab komen dari netizen asing yang mungkin awam akan kondisi di Malysia. Salam hangat dari kami di Indonesia bang ridz.. “

” Mmg abg nie klu jwb kan sgt2 polite lah.. Sy follow sbb nak tgok sky sahur tpi lepas tgok cara abg jwb followers,,aduhaii.. Satu antara sejuta org mcm nie.. Sihat selalu ya bang.. “

” Bagus betul ko bang, tak melenting menjwb apa2 soalan, siap nasihat utk tidak kecam pd org yg bertnya atau petikaikan gaya hidup, positif nya.. “

Klik gambar untuk info..

Terbaik lah Ridz, langsung tak marah, malah menjawab soalan itu dengan penuh sopan. Malah Ridz minta yang lain jangan marah pada yang bertanya soalan tersebut. Apa-apa pun didoakan semoga hubungan rumahtangga Ridz dan isteri akan terus bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ridzokumura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT