Artis / Selebriti
” Habis dia bagi pinjam kawan, lawak betul Baem oii. Nasib lah si mama tu tak pengsan dengar, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Datin Shahida Mohd Rashid, Ibraheem Adham Ketika Sesi Bermaafan Bersama Ibunya Buat Ramai Terhibur. Terkejut Datin Shahida Dengar Semua Pengakuan Daripada Baem Tu, Terkebil-Kebil Mata Datin, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri jutawan kosmetik, Aliff Syukri iaitu Datin Shahida telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida bersama anak ketiganya, Ibraheem Adham. Menerusi video itu, Ibraheem atau mesra dengan panggilan Baem sedang meminta maaf kepada Datin Shahida.
Kedengaran Baem minta maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukannya Kata Baem, antara kesalahannya adalah dia pernah menghilangkan kasut kegemaran ibunya dan memberi pinjam beg kegemaran Datin Shahida kepada rakannya, namun beg tersebut tidak dikembalikan.
Mendengar pengakuan Baem itu, Datin Shahida agak terkejut. Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen mengatakan yang apa yang diberitahu oleh Baem tersebut adalah benar. Akui Datin Shahida, Baem masih lagi anak manja keluarga meskipun Baem sudah besar.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang terhibur mendengar pengakuan Baem. Seloroh mereka, mujur Datin Shahida tidak pengsan mendengar apa yang dikatakan oleh Baem dan dalam masa yang sama mereka memuji sikap Baem yang jujur.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar sesi bermaafan Baem bersama Datin Shahida. Antara komen-komen warganet adalah :
” Habis dia bagi pinjam kawan, lawak betul Baem oii. Nasib lah si mama tu tak pengsan dengar, hahaha.. Penat acik gelak.. “
” Dah mintak maaf tu kira halal la barang rosak & hilangkan.. Baem, Baem hahhaa.. Bijakk, sama macam kakak cakap laju, haha.. “
” Alaaaa cpt sgt baim membesar.. Rasa br lps tgk yg baim terjatuh kepala benjol punya la takut dia hilang ingatan.. Baem bertuah sangat.. “
” Terkejut mama bagi kawan pinjam, dengan acik sekali terkejut. Hahaha.. Bgus Baem time shooting dia terus terang. Takdala kena marah sgt.. “
” Sepatutnya waktu bersalam salaman semua wajib lambat2 kena list dosa2 mcm ni barula terkantoi nak mntk maaf halal semua sebab kenapa.. “
” Berapa harga beg fav mama tuu hahaha bertuah lah anak nama Baem hehe.. Pling mnja baem ni ye. Mcm tak pndai blkon tp pandai kuatkan air mata.. “
” Nohh bagi kawan pinjam bag ribun riban, tak tau nak menangis tau gelak.. Alhamdulillah Baem budak jujur, mengaku silap awal2.. ”
Ingatkan lakonan tadi, rupanya betul lah apa yang dikatakan oleh Baem. Boleh pula Baem bagi pinjam beg tangan mahal ibunya kepada kawan yer, hehe. Apa-apa pun semoga Baik terus membesar menjadi anak yang baik dan selalu mendengar kata kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita