Artis / Selebriti
” Hampa jangan nak pepandai ajar kami itu ini na.. ” – Rozita Che Wan
Video Respon Che Ta Apabila Menerima Pelbagai Pesanan Daripada Warganet Mengenai Anaknya, Aaisyah Dhia Rana. Haa Kan Dah Kena Sound Dengan Che Ta. Harap Lepas Ini Tak Ada Lagi Lah Yang Suka Sibuk-Sibuk Sangat Pasal Aaisyah !!
Umum mengetahui yang pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta merupakan isteri kepada pelakon Zain Saidin. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.
Sejak dilahirkan lagi, Aaisyah sering menjadi perhatian warganet. Berwajah persis anak orang Arab, ramai yang memuji kecomelan Aaisyah. Diam tak diam, kini usia Aaisyah sudah pun 9 tahun dan Aaisyah sekarang suka berfesyen seperti Che Ta.
Meninjau di akaun Instagram Che Ta, telah dikongsikan satu video Aaisyah sedang melakukan sesi photoshoot. Namun di ruangan kapsyen, Che Ta telah memberi pesanan kepada sesiapa yang suka ‘mengaturnya’ cara bagaimana mengajar Aaisyah.
Tulis Che Ta, Aaisyah memang suka bersolek dan memakai kasut tinggi dan hal itu bagi Che Ta langsung tiada masalah. Che Ta meminta agar kepada sesiapa yang suka berkata tentang Aaisyah baik menjaga anak mereke sendiri. Sehingga kini, perkongsian Che Ta menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ok ja, apa yg over, mkcik2 bwg ja yg over lebih.. Biasa lah budak-budak.. Kita dulu pun suka juga main makeup, pakai kasut mak kita.. “
” Kami suka Ecah melaqammmm mewarisi mak dia na, depa ni memang suka komplain ja.. Mak ecah tu ratu mesti la ecah suka melaqam lain la kalau mak ecah tu gentel caca , hampa ni punnn pelik2 sungguh!
” Dah nama anak prmpuan.. kena plk zaman skrg mcm2 kt medsos.. Suka make up & bergaya tu perkara biasa.. Takda salahnya.. “
” Anak saya pon kecik2 dulu suka melaram. Siap nak ade make up sendiri. Dh besar2 ni, semua tinggal habes. Tunggu dewasa nanti lah kot die melaram.. “
” Ok la Aaisyah suka melaram nk cntik.. Yg susah ati klu aisyah tiba nk JD jantan.. Klu hat tu ya mmg susah ati.. Takat nk melawa tk salah.. Ok ja.. “
” Dulu kita masa kecil pun suka berangan guna barang ibu kita, tudung, lipstick, handbag dia semua kita pakai buat berangan. Normal lah budak perempuan. Cakap macam tak pernah buat lah pula, haha.. Kecoh betul makcik2 bawang.. “
” Dah nama nya ank pompuan pastu mak dia jenis suka melaram.msti la ank nk ikut.. Lainla kalau ank tu boy melaram mcm mak dia.. “
Alahai biasa lah tu kanak-kanak seusia Aaisyah memang suka bersolek dan memakai pakaian cantik. Bak kata warganet, hal ini juga pernah dilakukan kanak-kanak dahulu dengan ‘curi-curi’ memakai makeup ibu mereka dan berangan menjadi orang dewasa. Apa-apa pun melet0p lah Aaisyah, cantik Aaisyah bertudung.
Silakan SHARE..
Sumber : IG rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata ye bila orang tanya sayang macam mana, hanya deraian air mata.. ” – Komen Netizen