Connect with us

Artis / Selebriti

” Terangnya hati Arsalan ni. Bukan mudah sebenarnya di usia anak ini. Jihan ibu yang hebat.. ” – Komen Netizen

Video Anak Jihan Muse, Ungku Arsalan Haq Membaca Surah Al-Baqarah Raih Pujian Warganet. Lancar Betul Bacaan Arsalan, Sebutannya Pun Jelas. Hebat Lah Arsalan, Sejuk Perut Ibu Mengandung !!

Anak sulung kepada pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz, Ungku Arsalan Haq menarik perhatian ramai apabila Jihan berkongsikan pencapaian Arsalan mengaji Al-Quran. Pada usia Arsalan yang baru sahaja 6 tahun, Arsalan sudah berjaya khatam Al-Quran untuk pertama kali.

Untuk makluman semua, Arsalan menggunakan kaedah mengaji Iqra’ sama seperti yang digunakan oleh orang lain. Ketika Arsalan berusia 4 tahun, Arsalan sudah pun tamat bacaan untuk Iqra’ 6 iaitu kitab terakhir dalam modul Iqra’. Di kala kanak-kanak lain baru bertatih mengenal huruf, Arsalan sudah mendahului dengan jayanya.

Meninjau akaun Tiktok Jih4nmuse, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Arsalan memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah. Arsalan mengaji dengan yakin dan tenang sahaja. Bacaannya juga cukup jelas dan tidak tergagap-gagap.

Hati ibu mana yang tidak bangga jika ada anak yang celik Al-Quran seperti ini. Memetik komen warganet, Arsalan ini begitu terang hati kerana dapat khatam Al-quran dalam masa yang singkat. Bak kata orang, sejuk perut ibu mengandung. Arsalan sememangnya contoh terbaik untuk adiknya.

Jom tonton video di bawah :

@jih4nmuse

Pandainya Arsalan HaqπŸ₯°πŸ₯° #jihanmuse #ungkuhariz #foryou #fypγ‚· #foryoupage #fyp #foryourpage #foryou

♬ original sound – jih4nmuse – jih4nmuse

Perkongsian ini sehingga kini hampir meraih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Masyallah ..suka ye tgk.. Ank kecil dh pndai mgaji… Jihan ibu yang hebat. Anak saya baca iqra lagi, umoq 6 tahun jugak.. ”

” Dari kecik ni la kene ajar.. didik sebab otak anak-anak ni bersih.. senang ingat dan hafal.. tip ni selalu ramai yang kongsikan.. ”

” Semoga alquran menjadi bacaan setiap hari sepanjang hajat adik… aamiin.. pandai arsalan.. alhamdulillah.. ”

” Alhamdulillah terangnya hati Arsalan ni. bukan mudah sebenarnya di usia ank ini. Wlpun belum sempurna tajwidnya.. Alhamdulillah .. hebat.. ”

” Alhamdulillah seusia awal dan bole mbaca al quran, ibu2 diluar sana pun kalo rajin mengajar atau hantar kelas2 agama untuk anak tiada yg mustahil.. ”

” Tumpang gembira tengok anak jihan celik al-quran macam ni. Ladang pahala Jihan, Insha Allah.. moga terus menjadi pencinta al-quran Arsalan.. ”

” Allahukbar Alhamdulillah Lancarnya bacaan Arsalan, pandai betul. Anak saya 6 tahun baru iqra 4.. ”

Alhamdulillah ramai yang tumpang gembira dan rasa bangga melihat pencapaian anak Jihan ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya dan ini lah hasil manis yang dikecapi oleh Jihan. Semoga Arsalan terus menjadi pencinta Al-Quran dan anak yang cemerlang dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Jih4nmuse, IG ungku ArsalanΒ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT