Artis / Selebriti
” Tengah pakai mask, tetiba kena check out hotel. Kan jammed tu, haha.. ” – Norreen

Video Norreen Iman Bersama Suaminya Razzi Razak Turun Ke Lobi Hotel Memakai Masker Wajah Buat Ramai Terhibur. Buat Hal Betul Lah Laki Bini Ni. Part Razzi Turun Sambil Pegang Bantal Tu Lawak !!
Sebut sahaja nama pelakon Norreen Iman pasti ramai yang mengenalinya. Suka berkongsi video kelakar membuatkan ramai yang tak kering gusi ketawa melihat telatah Norreen. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Norreen, telah dikongsikan video dirinya bersama suaminya, Razzi.
Menerusi video itu, kelihatan pasangan suami isteri ini sedang berada di sebuah bilik hotel. Pada awalnya, Norreen mahu membuat video memakai masker wajah dan meminta Razzi untuk menjadi model. Ketika mereka sedang memakai masker, tiba-tiba kedengaran deringan telefon hotel berbunyi.
Razzi menjawab panggilan tersebut dan ianya adalah panggilan daripada pihak hotel meminta mereka segera check out. Reaksi Norreen dan Razzi agak terkejut dan mereka mengambil keputusan untuk turun ke lobi hotel tanpa mencuci wajah mereka.
Ketika tiba di lobi, beberapa orang memandang mereka yang tampil bersahaja dengan memakai masker. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang berseloroh melihat wajah Razzi sahaja seperti itu cukup membuat mereka tidak henti-henti ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh Norreen ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahha terhibur saya. kelako toi depa ni.. Ap2 pon .. Saya doakan semoga awak berdua dan anak2 nya bahagia tu sehingga ke jannah. Amin.. “
” Wehhh tengok muka Razzi mcm tu pun buat aku penat ketawa.. Confident beli mana Razzi, hahahahaa… Masuk air betul lah.. ‘
” Hahahahaha set4nnyaaaa laaa Razi ni.. Hahahahaha sakit perut aku gelak woiiii.. Silap2 orang2 yang tengok tu tengok ingat toy0l, haha.. “
” Anggap jela Razi pkai bedak thanaka hahahaa.. Tak sangka betul korang turut betul2 tak cuci muka, hahaa.. Sempoi habis.. “
” Betul2 terus turun ke lobi, hahahahaa.. Norreen dan Razzi tak pernah mengecewakan.. Dalam kelakar korang, tapi sweet tengok.. “
” Weyyyy sungguh dia check out gutuu jaa , sungguh aku tak sangka, hahahaha… Lawak betul weh, apalah reaksi pekerja hotel tu bila tengok muka Razzi.. “
” Dia yang buat keputusan, pastu dia juga ketawa husband dia, hahahaha.. Kita pun ketawa sekali dengar Norreen ketawa, haha.. “
Norreen dan Razzi kalau tak buat perangai kelakar memang tak sah kan, ramai tak sangka Norreen dan Razzi tak akan cuci muka dan terus turun ke lobi dengan wajah seperti itu. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan Norreen serta Razzi buat tontonan para peminat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen