Connect with us

Artis / Selebriti

” Telan air liur untuk menahan sebak dan menahan air mata.. ” – Netizen

Video Raissuddin Hamzah Menahan Rasa Sebak Ketika Menyanyi Karaoke Lagu Sandarkan Pada Kenangan Yang Dipopularkan Oleh Dato’ Jamal Abdillah Dan Arwah Siti Sarah Buat Ramai Tersentuh Hati. Betapa Seorang Bapa Amat Merinduikan Anaknya !!

Meninjau ke akaun Instagram Suciuwais, perkongsian sebuah video yang memaparkan Raisuddin Hamzah sedang menahan rasa sebak merindukan anaknya, Siti Sarah Raissuddin telah menyentuh hati ramai orang. Arwah Siti Sarah sudah dua tahun pergi menghadap Ilahi.

Menurut ibu tiri arwah Siti Sarah, Raissuddin pada awalnya hanya ingin menyanyikan lagu karaoke ‘Sandarkan pada kenangan ‘ yang dipopularkan oleh Dato’ Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Namun apabila melihat video musik lagu tersebut, Raissuddin terus merasa sebak.

Klik gambar untuk info..

Semestinya Raissuddin amat merindukan anaknya itu kerana Sarah merupakan satu-satunya anak perempuan Raissuddin dan sangat rapat dengannya. Pemergian Sarah pastinya banyak mengubah kehidupan seharian Raissuddin.

Perkongsian ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pemergian arwah Siti Sarah bukan sahaja dirindui oleh ahli keluarganya sahaja, malah para peminat juga masih merinduinya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai netizen yang turut berasa sebak melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Kami tahu abah rindu siti sarah,kami xleh tgk la video abah kalau tatap gmbr ke video siti sarah, teringat mase sarah duk ats kusi roda peluk ank2.. “

” Masa siti sarah xde kami ngis hari2 nk move on ya allah susah betul,pdhal kami org luar cume peminat saje, Tersengguk2 bahu tahan nangis .. “

” Klu ktorg ni org luar pn rindu Siti apatah lg ayahnya sndri.. Nape kite yg ngis nie awak.. Allahuakbar sedihnya… rindu dan kasih seorang ayah.. “

” Yelah anak..manja plk dgn ayah..aduhh terasa nya.. Rindu nya seorang ayah kepada anak nya x pernah luput .. Saya tgk pun sama menangis.. “

” Allahuakbar….Saye tengok pun ikut Sedih…..Al-fatihah buat arwah Al fatihah semoga arwah kak sarah ditempatkn diklangan orang orang beriman dan beramal solehah.. “

” Telan air liur utk menahan sebak/menahan air mata…Allahu..semoga terus kuat.. alfatihah Siti Sarah.. Sebak hati seorang ayah  sy pon rindu susuk tubuh ibu tersayang  16hb jan ni genap 1thn ibu tglkn kami.. “

” Allahu rindu dia pd si anak… percaya x time kluar lagu “dawai” mulut ni trus ckp klo ada arwah sarah mesti dia akn nyanyi jugak.. sbb arwah punye nyanyian lain tu yg terfikir time tue.. “

Klik gambar untuk info..

Menahan rasa rindu kepada seseorang yang sudah tiada merupakan rindu yang paling sak1t. Semoga Raissuddin Hamzah terus tabah menjalani kehidupan tanpa anak tersayang dan semoga roh arwah Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Suciuwais

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT