Artis / Selebriti
” Rumah kita tak meriah macam orang lain.. ” – Elizad Sharifuddin

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 9 Tahun, Perkongsian Siti Elizad Di Instagram Buat Ramai Rasa Tersentuh Hati. Sebaknya Baca Kapsyen Elizad Pasal Suami Dia. Semoga Allah Makbulkan Doa Dan Impian Elizad !!
Meninjau ke akaun Instagram Siti Elizad Sharifuddin, perkongsian sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke 9 tahun telah menyentuh hati ramai orang. Elizad memuatnaik sebuah video yang memaparkannya menyediakan makanan buat suami bersempena ulangtahun mereka.
Seawal 9 pagi, Elizad sudah bersiap untuk membeli segala bahan masakan untuk menyediakan masakan istimewa buat suami tersayang. Menurut Elizad, tahun ini hanya disambut biasa sahaja di rumah dan Elizad memilih untuk memasak masakan western.
9 tahun usia perkahwinan Elizad masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun Elizad tidak berasa sunyi kerana adanya si suami yang menerima segala kekurangannya. Elizad masih menanti sinar untuk menimang cahaya mata sendiri suatu masa nanti.
Perkongsian ini telah menerima lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang merasa sebak membaca kapsyen yang ditulis Elizad pada videonya dan mendoakan agar Elizad dapat menjadi ibu suatu hari nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan buat Elizad dan suami. Antara komen-komen yang diberikan :
” Happy anniversary both of you, semoga kekal bahagia hingga ke syurga serta dikurniakan anak soleh solehah aaminn .. “
” Aaaa napa nk nangis ni happy anniversary kak ejad and husband smga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. semoga smpai ke syurga… enjoy yr ride babe.. “
” Semoga doa sy yg tgh mengandung, Allah angkat utk hadirkan malaikat kecil dlm rahim Ejat tak lama lg. Happiest anniversary .. “
” Anniversary kita same date sis.. cuma kami 10 tahun.. beza setahun.. dan kita sama2 pejuang 2 garis moga kebahagiaan always bersama sis dan suami.. “
” Happy Anniversary you two. Allah sayangkan you all, suruh bercinta lagi lama lama. Semoga ada berita gembira untuk kalian kelak.. “
” Kenape kak ejad potong bwang nie kita dah pedih mata ..semoge kekal hingga ke jannah terus kuat menempuh hari yg mendatang sentiasa hapy xmo sedih sedih taw.. “
” Happy anniversary mummy ijad n daddy… moga bahagia selalu…insyaAllah tahun ni akan bertiga pula… irene doakan moga mummy dapat baby tahun ni… aamiin.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun buat Siti Elizad dan suami. Semoga hubungan dan jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elizad Sharifuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen