Artis / Selebriti
” Tak tahu nak komen pasal suara atau sweet dorang. Goosebumps, dua-dua vokal superb.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri tidak dapat menahan sebak ketika Syamel muncul menyanyi di Konsert Aura Ernie Zakri buat ramai tersentuh. Gandingan duet yang hebat. Sweet sangat suami isteri ni, terpaling romantis..
Semalam tanggal 25 Januari 2025 telah berlangsungnya konsert Aura Ernie Zakri Live in Concert di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre. Dari awal sehingga ke akhir, persembahan Ernie memukau semua penonton yang hadir dan berbaloi untuk semua berbelanja untuk tiket konsert Ernie.
Pada konsert itu, Ernie menghiburkan semua dengan menyanyi 23 buah lagu termasuk lagu duet bersama Govinda, Sabronzo dan penampilan khas suaminya, Syamel. Sekali pun keadaan Ernie tidak sihat dan kehilangan suara, namun Ernie mencuba yang terbaik untuk semua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ernienators, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kemunculan Syamel di pentas dan ianya meraih sorakan ramai. Mendendangkan lagu Die With A Smile, nyanyian Ernie dan Syamel meraih pujian ramai.

Ernie kelihatan sebak sewaktu melihat Syamel menyanyi. Pasangan kesayangan ramai ini sememangnya disukai ramai. Selain suara mereka yang padu, sikap mereka yang romantis antara satu sama lain itu memikat hati penonton. Pasangan duet yang hebat dan sama-sama merdu suaranya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ernienator.my Replying to @seirios.lq Kemunculan Syamel di #erniezakriliveinconcert #erniezakri #syamel #auraerniezakri #diewithasmile #plenaryhallklcc #fyp #xyzbca
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah, protect this couple.. so sweet suka tengok ernie dengan syamel. dorang ni saling melengkapi dan menyokong.. “
” Senang betul projection shamel. Dia pergi hit mcm tu je. Haha. Superb.. macam mana nk buat ringtone suara dorang ni eh.. best sangat.. “
” Weh apahal aku nangis ni.. Aku banyak kali tengok tetap nak nangis tau.. i really happy for you Ernie. 2.0 please.. “
” Dari awal concert smpi habis she sebakkkk.. haha.. comel je dia.. Haish lah love bird ni.. Teruk abis ni Khawla jealous.. “
” Sedap sangat suara dorang ni.. suka betul la dengar suara Syamel. makan apa lah Syamel ni suara sedap sangat.. “
” Tak tahu nak komen pasal suara atau keromantisan dorang. Goosebumps dua-dua vokal superb.. “
” Meremang weh.. best couple ever, really. too romantic.. Setiap kali fyp setiap kali tu laaa meremang. Hebat laaaa bangmel dgn kakninie kita.. “
Meremang bulu roma mendengar kelantangan suara Syamel dan Ernie. Paduan suara suami isteri yang hebat dan menggemparkan seluruh dewan. Tahniah Ernie atas kejayaan konsert kali ini dan semoga akan ada konsert Ernie dan Syamel pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ernienator
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti6 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

