Artis / Selebriti
” Tak tahu kenapa padahal video simple je tapi menusuk ke hati sampai mengalir air mata.. ” – Netizen
Video Datin Red Bersalaman Bersama Anak-Anak Pada Pagi Raya Buat Warganet Tersentuh. Part Datin Red Menangis Sebak Sangat. Hanya Datin Red Dan Anak-Anak Yang Tahu !!
Jika disebut nama Syarifah Nor Shafila mungkin tak ada yang kenal tetapi apabila nama Datin Red disebut, pasti ramai yang mengenalinya. Isteri kepada Dato’ Adnan atau Dato’ Red ini juga merupakan madu kepada penyanyi Adira Suhaimi.
Memandangkan tahun ini Dato’ Red pulang beraya ke kampung Adira setelah 5 tahun tidak pulang beraya, Datin Red menyambut lebaran bersama anak-anak di rumah kediaman mereka. Menerusi akaun Instagram Datin Red, telah dikongsikan suasana ketika Datin Red bersalaman bersama anak-anaknya.
Sekalipun video perkongsian Datin Red ini tidak diperdengarkan suara mereka bercakap, tetapi ia cukup membuatkan hati warganet tersentuh. Seorang demi seorang duduk di hadapan Datin Red dan memohon kemaafan daripada ibu mereka itu.

Riak wajah Datin Red pada awalnya masih kelihatan senyuman tetapi selepas itu semua mula berlinangan air mata. Mungkin sedih mengenangkan kesilapan yang pernah masing-masing lakukan membuatkan semua menangis. Kaspyen Datin Red yang mengatakan anak-anak adalah penguat semangatnya juga menyentuh hati ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Datin ni lawo giler… tu pon dato kawen lain… mujur dia ngan madu dia ngam sgt…. smg dipermudahkan urusan datin.. ”
” Cantik berseri-seri Datin Red ni.. Bulan baik ni saya doakan agar datin red terus bersama dato red.. ”
” Selamat hari raya insan yg sngt kuat .. semoga Allah merahmati keluarga kamu.. maaf zahir dan batin.. ”
” Selamt hr raya datin… Semoga suatu hr nnt datin jumpa jalan yg benar2 mmberi erti bahagia.. ”
” Sedihnya, terus kuat semangat ye Datin.. walaupun video ni aku tak dengar apa dorang cakap, tapi tetap buat aku sedih.. ”
” Bergenang air mata, semoga dikurniakan kebahagiaan, ketenangan bersama orang-orang yang ikhlas menyayangi.. ”
” Tak tahu kenapa padahal video simple je tapi menusuk ke hati sampai mengalir air mata.. terus kuat Datin Red.. ”
Bagi seorang ibu, anak adalah kekuatannya yang akan membuatkan si ibu rela berkorban apa sahaja demi anak. Sayu pula warganet melihat sesi bersalaman raya Datin Red dan anak-anak ini. Semoga Allah mengurniakan Datin Red dan anak-anak kebahagiaan dan dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



