Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak sangka pula malam-malam ni ada hamb4 Allah yang sanggup cari saya.. ” – Fauzi Nawawi

Fauzi Nawawi Kongsi DM Daripada Seseorang, Sikap Wanita Ini Terima Pujian Daripada Ramai Orang. Wah, Jarang Untuk Berjumpa Individu Jujur Dan Baik Sebegini !!

Nama pelakon Fauzi Nawawi sememangnya tidak asing lagi dalam dunia seni. Dia merupakan antara pelakon yang sering diberikan watak antag0n1s dalam kebanyakan drama lakonannya. Lakonan Fauzi tidak pernah mengecew4kan para penonton.

Meninjau ke akaun Instagram, Fauzi telah memuatnaik screensh00t mesej daripada seseorang yang mencarinya kerana terlupa untuk mengisi petrol selepas membayar. Mesej itu diterima daripada seorang pekerja stesen minyak tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Fauzi terlupa mengisi petrol tetapi ini merupakan kali pertama dia menjumpai seorang pekerja yang sangat jujur. Pekerja ini sanggup mencarinya semata-mata ingin memulangkan semula duit yang sudah dibayar.

Menurut Fauzi, dia sudah pun redha apabila teringat bahawa dia terlupa hendak mengisi petrol. Ini kerana dia tidak mahu berpatah balik kerana perjalanan sudah jauh. Namun perkara tidak disangka-sangka berlaku apabila salah seorang pekerja stesen minyak tersebut menghantar mesej di Instagram.

Jom lihat perkongsian di bawah :

https://www.instagram.com/p/CIlYaKVhZ5G/

Perkongsian ini telah meraih pujian daripada netizen terhadap sikap pekerja tersebut yang baik dan jujur. Ada juga yang turut berkongsi melalui pengalaman yang sama seperti Fauzi. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Tak pernah lg mcm tu.. Kdg2 lupa dh ttup tank Minyak ke blum. . Dh masuk kete kluar cek blik. takpela bang da terlupa nk buat mcm mana… abg penat sgt kot berkerja.. “

” Kira kenal la ni budak petronas tu dgn abg tu, siap msg2 bgtau en telupa isi minyak.. bapak aku pernah terlupa isi minyak tak ada pulak akak petronas pm ig bapak aku.. “

” Abg 4 kali,saya rasa 10 kali saya,ni sebab pen4ngan nescafe,masuk beli air,byr minyak,terus masuk kereta,pekena nescafe ,trus lupa isi mnyk…. “

” Saya pernah gak tapi lain sikit lah isi minyak duit dah bayar pastu nak gi isi minyak bila bukak tangki minyak full lagi tapi tengok meter dah e pastu baru perasan yang meter r0sak  …. sedekah jelah minyak tuh.. “

” Byk benda duk mikir begitulah lelaki.. Alhamdulilah semoga die di murah kn rezeki berjaya di dunia dan akhr4t… kalau belum kawin semoga jumpe jodoh yg baik² dan sesuai dgn dy aamiin.. “

” Alhmdulilah… Semoge dmurhkn rezeki adik tu..tp yg lupe tu mgkin fktor usia dh tua. Bahaya ni,dah start pelupa macam mak saya kadang2 faktor keturunan.. “

” Mujurlah artis. Senang dia nak cari. Kalau dah rzki ye tak.. Pernah terj4di dua kali spjg hidup tp of course lah patah balik n bgtahu kaunter td lupa isi.. “

Bukan senang untuk menjumpai orang yang jujur sebegini. Mungkin juga Fauzi seorang yang dikenali ramai dan tidak sukar untuk dicari. Semoga sikap jujur pekerja ini dibalas dengan kebaikan serta dimurahkan rezeki di dunia dan akhir4t.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fauzi Nawawi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT