Artis / Selebriti
” Tak pasal siput kena marah sebab mengelat, intro memang lawak.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein memasak siput sedut masak lemak cili api buat ramai terhibur. Awal video dah kelakar, lawak betul lah Kak Lina Pom Pom ni. berdekah dibuatnya, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Kedai Emas Merchant, perkongsian sebuah video yang memaparkan Elly Mazlein memasak juadah berbuka telah meraih perhatian ramai. Elly memasak siput sedut masak lemak cili api yang nampak sangat menyelerakan.
Di awal video Elly sudah mula membuat lawak dengan membuat perlumbaan siput sedut. Sampai ke sudah siput tersebut tidak bergerak dan akhirnya Elly memasak siput-siput tersebut. Seperti selalu, ada sahaja celoteh Elly yang menghiburkan ramai.
Paling menarik perhatian ialah barangan kemas yang dipakai Elly. Memang merelip mata melihat kilauan emas ketika Elly memasak. Apa yang penting masakan Elly tetap menjadi walaupun memasak sambil bergaya. Nampak sedap kan.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Juadah ini boleh memberi idea kepada ramai orang yang tidak tahu untuk memasak apa sebagai juadah berbuka puasa nanti.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Abang Khai orang suruh kipaskan kak Lina laaaaaa bukan kipas diri sendiri… Tak pass la assistant ni, meh Suki yang jadi assistant.. “
” Patutlah makanan saya tak berapa sedap selama nie.. kena ada pakai yg kaler kuning dr merchant lina tu rupanya.. “
” Alamakk tak lepas ni kursus pengendalian mknn pakai barang kemas .. Sedapnyaa…tp mataa nie tetap fokuss yg lainn mengelippp.. “
” So kalau i nak sebut nama menu ni, nak kena bunyi jugak ke “erklk” yang last part tu? Mau mak aku ketuk muka aku ngan senduk.. “
” Bukan nak masak sangat ni. Lebih kepada nak tayang emas siput tu kan? Kan?? Kemain lah MerchantLina barang kemas yang letops ni konpius nak tengok siput sedut ke siput emas .. “
” Tak pepasal siput kena marah sbb mengelat ! hahahah intro mmg lawak.. Tak boleh fokus la tngok bahan2 masak dia sebab fokus benda menghelipp lebih.. “
” Aduhai MerchanLina Tak mslh nya xtgk masak lemak, tgk cincin kat jari MerchanLina..cincin tu klau masuk dlm kuah masak lemak tu mesti bertambah kuning warna kuah nya dan rasa nya Umphh!! “
Kalau tidak kelakar memang tidak sah buat Kak Lina kita ni. Masak memasak pun boleh jadi program lawak apabila Kak Lina kita ini berbicara. Nampak menyelarakan pula hidangan oleh Elly ini untuk juadah berbuka puasa. Boleh menambah nasi banyak kali ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kedai Emas Merchant
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen