Artis / Selebriti
” Tak boleh tahan, Tengku Muhammad join sekali. Tinggal terus wife dekat bawah, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat YAM Tengku Muhammad ketika melihat kawan-kawannya dari United Kingdom menyanyi buat ramai terhibur. Awal-awal tu control, last-last tak boleh tahan naik menyanyi bersama. Tersenyum Tengku Natasya tengok gelagat suami, hehe..
Selain tetamu yang terdiri dari kaum kerabat diraja dan golongan kenamaan, majlis perkahwinan diraja antara YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan juga turut dihadiri oleh rakan-rakan rapat kedua-dua mempelai. Mereka turut meraikan pasangan pengantin diraja ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok RB Eventor dan Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gelagat rakan-rakan Tengku Muhammad dari United Kingdom mempersembahkan 2 buah lagu untuk Tengku Muhammad dan Tengku Natasya sesudah selesai istiadat berinai semalam.
Salah satu lagu yang dinyanyikan oleh rakan-rakan mat salleh Tengku Muhammad ini dendangan asal kumpulan popular sekitar 90an dulu iaitu Backstreet Boys berjudul ‘ I want it that way ‘ . Pada awalnya Tengku Muhammad hanya melihat nyanyian itu sambil menari di bawah.
Namun seketika selepas itu, kelibat Tengku Muhammad dilihat turut naik ke pentas untuk menyanyi bersama rakan-rakannya itu. Tergelak semua tetamu dengan telatah Tengku Muhammad itu. Semangat pengantin baru ini menyanyi sehinggakan tanjaknya pun ditanggalkan. Bak komen warganet, Tengku Muhammad terlupa dirinya pengantin, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@rbeventor Kawan-kawan TAB dari UK belanja 2 lagu malam ni! Segak masing2 pakai Baju Melayu bersongkok bersamping #TAB❤️TNA #IstiadatBerinai #hardyandthecrazybunch
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak boleh tahan, Tengku Muhammad join sekali heheh.. Tengku seorang yang periang dan sporting.. terbaik tengku.. “
” Tengku lupa dia pengantin ni haha. Jenuh pengantin lelaki nak control perangai hehe. enjoy betui majlis tengku Muhammad.. tengku pon humble and happy go lucky majlis pon santai jaa.. “
” Sporting giler kawan2 dia pakai bju melayu lengkap.. santai betol dorang ni, walaupun perkahwinan diraja, semua happy…. ni baru betol keluarga diraja yg disygi rakyat jelata.. “
” TAB tak boleh nak behave sangat haha.. the best moment when ur besfrens sing on ur bigday.. best kawan-kawan macam ni.. “
” Tengku Muhammad start menari, lupa dah Tengku Natasya dekat tepi haha.. Hyper sungguh la raja sehari ni.. “
” Hahah gelak tgok pgantin.. mcm Layan konsert.. mcm kawen org biasa2 ada karoeke dgn kwn2.. tak boleh control last-last naik nyanyi sama.. “
” Tengku Muhammad seorang anak raja yang paling sempoi.. dia tinggal terus wife dekat bawah haha.. “
Walaupun Tengku Muhammad cuba untuk mengawal perasaan tetapi akhirnya bersama-sama menyertai kawan-kawannya itu. Tengku Muhammad juga menjadi penghibur semua tetamu dengan suara merdunya itu. Perkahwinan diraja yang akan selalu diingati oleh rakyat, paling meriah dan pengantin paling sporting.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rbeventor, Tiktok 7his, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen