Artis / Selebriti
” Tak baik, tak baik tau cakap pasal orang, berdosa. Be kind to everyone.. ” – Isaac Raees
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Memberikan Kata-Kata Nasihat Buat Warganet Teruja. Bagusnya Isaac, Sedap Dengar Isaac Cakap. Dengan Mimik Muka Lagi, Comel Sangat !!
Isaac Raees tidak hanya menjadi kesayangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, malah si kecil ini juga disayangi oleh wargamaya. Isaac memiliki lesung pipit yang membuatkan wajahnya kelihatan bertambah manis dan handsome. Isaac juga anak yang baik dan petah bercakap.
Meninjau akaun Instagram Zahirah Macwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac memberikan kata-kata nasihat. Tulis Zahirah di kapsyennya berbunyi ‘ Words of advise from Isaac ‘. Lembut sahaja tutur kata Isaac dan gaya Isaac bercakap saling tidak tumpah seperti cara Zahirah.
Kata Isaac, tak baik bercakap tentang orang kerana berdosa. Isaac kemudian menyambung kata-kata nasihatnya dalam bahasa Inggeris berbunyi ‘ be kind to everyone’. Alahai Isaac, masih kecil usianya tetapi pemikiran Isaac sudah matang seperti orang besar.

Ramai yang memuji cara Isaac bercakap yang lemah lembut tutur katanya. Kata orang, anak adalah cerminan kedua ibu bapa. Sudah semestinya Isaac mencontohi sikap baik Zahirah dan Aiman. Adab sopan diterapkan kepada Isaac sejak masih kecil lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zahirah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 76 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah.. Isaac whyyyy so cuteeee.. Your parents & Oma raised you well Isaac.. Semoga anak2 aunty nnt mcm isacc.. amin.. ”
” Comel bijak hensem cerdik full package.. pandainyeee.. jadi anak soleh yang berjaya dunia & akhirat ye. Aamiin.. ”
” Melting lah dia cakap camtu…Good boy.. Geram ekkk isaacc. Nk kena kunyah ke tu.. cuteness overloaded positive and kind like her mommy.. ”
” Eee bijak nye .. dah la hensem.. Imagine Issac da besar then cakap with his friends dengan dimple tu , aww cair disini.. ”
” Hahh isaac dh nasihat dah tu. Ala pandai nye hensem plk tu.. muka mommy sgt ni.. Zahirah junior.. ”
” Alahai, petah brcakap.. pandai isaac, Baik lah isaac, tq da bg nasihat.. Such a very good boy.. ”
” Pandainya nasihat orang, comel je ayat Isaac ni. Sopan santun, sejuk hati dengar nasihat Isaac tu.. ”
Sejuk hati mendengar kata-kata Isaac. Pandai mummy dan daddy mendidik Isaac dengan budi bahasa yang baik seperti ini. Semoga Isaac membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh dan selalu membanggakan daddy dan mummy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen



