Artis / Selebriti
” Tahu adat pertandingan tapi siapa je rasa tak terkilan.. ” – Netizen

Video Perbualan Ernie Zakri Bersama Kelab Penyokongnya, Ernienators Sejurus Selesai AJL38 Buat Ramai Sebak. Sedihnya Kata-Kata Ernie Tu, Sebaknya Tengok Ernie Menangis !!
Banyak corat coret dan peristiwa menarik sepanjang berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 38 semalam. Baik dari peserta sehingga ke penyokong, semuanya memberikan sehabis baik dan saling menyokong antara satu sama lain. Salah seorang peserta yang mempunyai ramai penyokongnya semalam adalah Ernie Zakri.
Meninjau akaun Tiktok Ntshleeya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Ernie bersama para penyokongnya itu. Ernie bukan menangis kerana tak dapat apa-apa anugerah pada malam itu tetapi dia sedih kerana kesungguhan Ernienators yang rela bersusah payah datang untuk menyokongnya.
Tiada apa yang dapat Ernie balas untuk 200 orang yang datang pada malam itu selain ucapan terima kasih. Sayu hati melihat Ernie bercakap sambil air mata berjurai di pipinya itu. Segala yang Ernie lakukan segalanya untuk Erniators yang setia bersama susah senang bersamanya.
Lagu Astana yang dinyanyikan di pentas AJL sangat berbeza kerana perjalanan lagu ini untuk dapat ke peringkat akhir penuh berliku. Hanya Ernie dan penyokongnya sahaja yang tahu peritnya untuk Ernie sampai ke final. Ernie juga berjanji dia tidak akan berputus asa dan melakukan yang terbaik untuk semua persembahannya selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ntshleeya We always love you no matter what ❤️ persembahan malam tadi ckup memenagkan hati kami ❤️ #ajl38 #erniezakri #fyp #trending @erniezakriez
Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ernie tetap pemenang di hati peminat, she the real ariana grande.. Ikhlas Ernie padu sangat nyanyi masa ajl.. ”
” Aku bukan fans Ernie tapi dia memang deserve lah dapat trofi.. Ernie tetap menang di hati peminat dan vokal tetap superbb.. ”
” Mereka yang btanding smua tbaik ya.. mcm zman siti dlu smuanya tbaik.. cume bkn rzki ernie mlm ni.. ”
” Siapa potong bawang ni, sedihnya dengar luahan hati Ernie untuk penyokongnya tu. Ernie dah buat yang terbaik tetapi rezeki tak memihak pada Ernie.. ”
” I am so proud of you kak ninie. No matters what saya sangat love dengan persembahan kak ninie yang sememangnya bagi 200% yaa.. ”
” Tahu adat pertandingan tapi sapa je rasa tak terkilan kalau setiap tahun tak sangkut.. she deserve untuk memang tapi Allah lebih tahu yang terbaik untuk Ernie.. usaha lagi ye sayang.. kami sentiasa ada menyokong.. ”
” Arghhh.. tak boleh la tengok kak ninie sedih macam ni.. aku pulak nangis sama. siapa pun menang, Ernie tetap juara di hati aku.. sumpah tak akan pernah berhenti sokong Ernie.. ”
Untung Ernie ada penyokong yang setia sejak dahulu lagi, suka duka diharungi bersama. Bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri pun turut terasa. Semoga Ernie terus bersemangat dan suatu hati nanti akan mendapat kejayaan yang cemerlang sebagaimana diimpikan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ntshleeya, IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku stuck, 10 kali gelak tengok video ni. Tok Ram dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen