Artis / Selebriti
” Tahniah kepada Emma dan suaminya. Alhamdulilah.. ” – Netizen
Emma Maembong Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertamanya. Alhamdulillah, Tahniah Emma Dan Shazli !!
Menurut laporan Portal Harian Metro, pelakon cantik Emma Maembong dikatakan telah selamat melahirkan cahayamata pertamanya baru-baru ini. Untuk rekod, Emma mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari yang lepas.
Dikatakan lagi, berita kelahiran bayi Emma ini sehingga kini masih belum mendapat pengesahan daripada Emma sendiri. Baik Emma mahupun adik beradik dan ahli keluarganya yang lain, tidak berkongsikan apa-apa perkembangan tentang Emma di Instagram mereka.
Di akaun Instagram Emma juga, hanya dikongsikan video terakh1r ketika majlis baby shower Emma bersama ahli keluarga sahaja. Manakala di ruangan Instagram Story Emma, hanya banyak ditunjukkan video barangan keperluan bayi seperti pakaian, tilam, barut bayi dan lain-lain.

Meninjau akaun Instagram Myhmrap, telah dikongsikan berita tentang kelahiran zuriat Emma bersama Shazli ini. Turut dinyatakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi sudahpun dilakukan oleh pasangan ini dan usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan Emma masih belum berhasil.
Jom baca perkongsian di bawah :
Berita ini mendapat respon daripada netizen dan masing-masing menyangka Emma masih lagi belum bersalin kerana video terakh1r baby shower Emma kelmarin. Antara komen-komen mereka :
” Dah bersalin ke atau bakal bersalin anak lelaki.. “
” Tahniah kpd emma dan suaminya. Alhamdulilah Congratssssss ms mermaid.. “
Pastinya peminat setia Emma sendiri tidak sabar untuk mendengar daripada mulut Emma sendiri berita gembira ini. Sebagaimana dalam video baby shower Emma mendedahkan Emma bakal menimang bayi lelaki, berita ini juga mengesahkan jantina bayi Emma ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Emma dan Shazli nanti. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Emma dan bayi sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Selamat berpant4ng buat Emma.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Myhmrap, IG Emma Maembong, Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

