Artis / Selebriti
” Syok kalau dapat hadiah macam ni. Pandai Ubai pilih hadiah.. ” – Komen Netizen
Video Kejutan Hadiah Hari Lahir Shila Amzah Daripada Ubai Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Function Sangat Lah Hadiah Ubai Bagi Pada Shila. Memang Hadiah Idaman Ramai Wanita !!
Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Shila Amzah yang ke 34 tahun. Menerusi akaun Instagram, suami Shila iaitu Ubai telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan kejutan hadiah hari lahir buat Shila. Ubai telah memilih set pinggan mangkuk dan periuk sebagai hadiah.
Setibanya di rumah, Ubai memberikan kejutan kek hari lahir buat Shila. Walaupun hanya mereka berdua namun terpancar kebahagiaan pasangan ini. Kemudian Ubai memberikan hadiah kepada Shila yang dibungkus dalam beberapa buah kotak.
Apabila hadiah dibuka, Shila nampak terkejut dan gembira dengan hadiah yang diberikan. Ubai sangat pandai memilih hadiah yang jarang diberikan oleh pasangan ketika hari lahir. Selalunya hadiah yang diberikan seperti bunga, coklat atau pun barangan peribadi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen terutamanya wanita yang suka dengan hadiah yang diberikan oleh Ubai kepada Shila. Selepas ini semakin rajin Shila memasak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada Shila. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Happy, Happy, Happy Birthday, dear Sha. May today and all other days be your happiest ever. May you, Ubai, Seth and Rhea live happily together till Jannah. Aamiin. Aamiin. Ya Rabbal Alaamiin.. “
” Idaman ni.. Semoga ada rezeki syokkk woo klu dpt hdiah cenggini .. Happy Birthday Sha, May your birthday be filled with love, laughter, and the company of good friends.. “
” Happy bedayy sha.. Pandai ubai pilih hadiah.. Bukan isteri dia je happy, isteri2 satu malaysia pon tumpang happy.. happy tgok sha skrg…btw happy birthday sha.. “
” Aaaa besday kita sama la shahilaamzah .. semoga kita dipermudahkan segala urusan.. sihat selalu.. bahagia dgn small family masing2.. “
” Kita suka lagi hadiah gini,,Dr BG bunga,coklat ke hanya isteri2 yg suka masak jer Paham betapa perlunya periuk ,belanga baru semangat nk masak kan.. “
” Ada lg ka zaman now hubby bg hadiah birthday periuk n pinggan ? aku garu kepala sampai memerah kuar darah .. Happy birthday shaaaa!! Kita tunggu live masak² dengan periuk baru okaayy.. “
” Happy beday sha semoga terus sihat ceria,murah rezki berjaya dan bhagia selalu dunia akhirat. Aamiinn happy tgk sha seth bersama ubaimz skrg semoga terus tetap kekal bahagia smpai bila2 smpai syurga.. “
Wah, nampaknya selepas ini Shila perlu semakin rajin memasak di dapur. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 34 tahun kepada Shila Amzah. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubaimz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

