Connect with us

Artis / Selebriti

” Sy0k ada majikan macam ni, rasa dihargai.. ” – Netizen

Video Tya Arifin Membuat Kej0tan Hari Lahir Untuk Pembantu Rumahnya, Feri Dan Putri Raih Pujian Ramai Peminat. Terbaiklah Tya !!

Meninjau akaun Instagram Tya Arifin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejotan hari ulangtahun pembantu rumah Tya, Feri dan Putri. Merancang bersama suaminya, Asyraf dan anaknya Arif, perancangan last minute mereka ini berjalan dengan lancar.

Tya yang menempah makanan untuk makan malam mereka turut membeli dua biji kek yang tertera nama Feri dan Putri. Sudah namanya anak kecil, pasti akan terjadi kejadian plan tak jadi yang mencuit hati. Arif disuruh menyanyi lagu selamat hari jadi namun lain pula yang jadi.

Untuk makluman, Feri dan Putri adalah pasangan suami isteri yang juga berasal daripada Indonesia. Tya mengganggap mereka tidak hanya sebagai pembantu namun seperti keluarga sendiri. Tya turut menulis ucapan terima kasihnya terhadap Feri dan Putri yang menjaga Arif dan Zahra semasa Tya bekerja.

Tya turut memasukkan dalam video ini gambar kenangan mereka sekeluarga membawa pembantu-pembantunya ini bercuti sebelum ini. Mesra dan akrab nampaknya hubungan Tya bersama pekerjanya ini dan pastinya ramai yang mengimpikan untuk mempunyai majikan seperti Tya dan Asyraf ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Tya ini meraih perhatian dan mendapat respon daripada peminat. Ramai yang memuji layanan Tya terhadap pembantunya ini dan tidak kurang juga yang terhibur dengan gelagat Arif. Antara komen-komen mereka :

” Sudah lawa, baik hati pula. Semoga sentiasa murah rezeki tya.. Ariff comel sgt, pandai ckap Bagus dan bijak sungguh arif ni ckp tak boleh.. pegang kek. comel.. Tak boleh tak boleh.. “

” Boss yang sangat terbaik.. waawww terbaik kakkkk, jangan pernah berub4h… Love u.. Hahah comel Abang Arif, tak boleh – Arif, Happy Birthday Feri & putri. Semoga Tya sekeluarga murah rezeki selalu.. “

” So sweet of Pn Tya n Tn Asyraf… Happy Birthday Feri n Putri.. Moga murah rezeki tya n asyraf.. Amin.. Comey arif kata tak boleh.. “

” Your heart was so pure.. Allah bless u Always Kak Tya and Family.. Syok ada majikan macam ni, rasa dihargai.. “

” Allah baik nya, nak ikut tia kerje please. suka sekali sama tya arifin baik hati sekeluarga.. Alhamdulillah Masyallah sallut kak tya. bos terbaik, sehat2 lancar barokah usaha dan rejekinya ya.. “

” Allahuakbar… Salah satu rezeki juga buat mereka yg kerja d perantauan dan dapat majikan sebaik tya dan keluarga…. Terh4ru pula tgok.. “

” Kenapa sy plk yg terh4ru, bagus Tya. Majikan yang baik dan dapat pembantu pun baik2 smuanya. Alhamdulillah.. “

Alhamdulillah, rezeki untuk Tya sekeluarga mempunyai pembantu yang setia berkhidmat. Cara Tya menghargai Feri dan Putri juga membuatkan peminat tersentuh hati. Apa pun, semoga Tya sekeluarga sentiasa bahagia dan gembira bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT