Artis / Selebriti
” Sweet betul merpati dua sejoli ni.. ” – Netizen
Video Hael Husaini Dan Dayang Nurfaizah Menyaksikan Percikan Bunga Api Bersama- Sama Raih Perhatian Peminat. Halah Halah, Memang Sweet Sangat !!
Kisah cinta antara penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah hingga kini sering menjadi perbualan ramai dan menjadi tanda tanya bilakah pasangan ini akan mengakhiri zaman bujang mereka. Hingga kini sama ada Hael mahupun Dayang masing-masing mengunci mulut berkongsi kisah cinta mereka kepada umum.
Meninjau di akaun Instagram milik haelhusainifans telah berkongsi satu video yang memaparkan Hael dan Dayang sedang menyaksikan percikan bunga api bersama-sama. Semestinya perkongsian video itu telah menarik perhatian peminat-peminat mereka berdua.
Untuk info, pasangan ini telah bersama-sama membuat persembahan di sebuah majlis pelancaran air pancut MBSA. Perkongsian tersebut turut dikongsikan oleh Hael dan Dayang di akaun Instagram mereka iaitu video mereka telah berduet bersama menyanyikan lagu.

Perkongsian video tersebut, dilihat hanya Hael dan Dayang menyaksikan percikan bunga api tersebut di hadapan tasik dan telah dirakam oleh seseorang di belakang mereka. Malah perkongsian tersebut telah mendapat ratusan tanda suka daripada peminat-peminat mereka.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen bahawa pasangan ini begitu romantik saat menyaksikan percikan bunga api itu bersama. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sweet betul lah merpati dua sejoli ni, bilalah pasangan ni nak mendirikan rumah tangga, tak sabar nak tengok tau, semoga cepat-cepat naik pelamin.. “
” Terpersona lah tengok video ni, so sweet betul, penuh semut kat atas skrin telefon kita, hahaha, semoga Hael dan Dayang cepat kahwin.. “
” Wah nampak mesra disitu tau, pandai yer, masing-masing sembunyikan cinta, alahai bilalah nk terselarai ke jinjang pelamin.. “
” Sempat lagi yer berdua tengok bunga api, alahai suka lah tengok Hael dan Dayang ni, kami peminat setia Hael dan Dayang.. “
” Comel lah, so sweet tengok gaya masing-masing tengok bunga api, msti lepas habis konsert kan, ambil masa berdua seketika, hehe.. “
” Alahai, manis sungguh, semoga Hael dan Dayang akan cepat akhiri zaman bujang mereka, mesti ramai yang tak sabar nak tengok kan.. “
” Hael ni nampak jer senyap, tapi romantik tau, cuma tak suka tunjuk kat ramai kata dia dengan Dayang love, hehe, semoga kalian bahagia selalu.. “

Amboi memang sweet betul video ni, alah bukan selalu kan dapat tengok bunga api secara live bersama-sama. Apa-apa pun, kita doakan semoga Hael dan Dayang akan berkongsi berita gembira akan mengakhiri zaman bujang mereka tidak lama lagi.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Haelhusainifans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

