Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka tengok reaction Penn. Mesti Penn tahan sedih kan.. ” – Netizen

Video Reaksi Salah Seorang Musician, Penn Leman Band Ketika Amir The Chosen One Menyanyi Lagu Cinta Sampai Mat1. Alahai Suara Amir Tu, Penn Pun Boleh Touching. Memang Sampai Ke Hati !!

Saban minggu, nama adik Amir The Chosen One menjadi trending dan sebutan ramai. Istimewanya anak dari rimba ini adalah pada alunan suaranya yang mendayu dan ada tone yang unik. Sejak dari minggu pertama lagi sehingga lah semalam minggu ketiga, Amir membuatkan ramai yang menitik air mata menonton persembahannya.

Di kaca TV, yang penonton dapat melihat hanya reaksi juri dan penonton ketika Amir menyanyi. Leman Band yang bertanggungjawab sebagai musician untuk program realiti ini juga tidak terkecuali merasa tersentuh dengan alunan suara Amir.

Menerusi akaun Tiktok PennBassChannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Penn ketika Amir menyanyi. Satu nikmat untuk seorang pemuzik apabila nyanyian penyanyi itu sampai dan sempurna nyanyiannya. Kata Penn, nyanyian Amir ini menusuk ke hati.

Dapat dilihat pada wajah Penn, bercampur baur rasa saat Amir menyanyi dengan penuh perasaan itu. Part Amir menyebut ‘whooo’ juga membuat Penn kagum. Lain macam betul persembahan Amir semalam, penyampaiannya begitu menyentuh hati.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@pennbasschannel

MENUSUK BEB #thechosenone #amirsisi #astroceria @

♬ original sound – PennBassChannel – PennBassChannel

Sehingga kini, perkongsian oleh Penn ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Terbaik bang upload…. bagi upload lagi pasal anak bertuah sangat ni.. sedap giler part huwooo je pun… mmg terbaik la dia. Allah bagi anugerah untuknya.. ”

” Haaaa ni yang nak tengok ni.. dia huwooo bertambah laju AYAQ mata huhu. speechless dgn penyampaian nyanyian talented penyanyi cilik ni.. ”

” Suka tengok reaction gitariss tu.. Mesti pentahan sed1h kan. tiap2 minggu tggu nk tngok reaction time Amir nyanyi.. nak lagi, tak puas.. ”

” Terbaik laaa.. meremang rasa acik dngaq lenggok amir Ooiii.. adoiii.. mabelesss.. hebat suara adik amirrr.. Bila penyanyi tu sampai tengok la pemain music puas hati.. ”

” Reaction muka tu terbaik bang.. Padu la adik amir, syahdu sangat-sangat.. dia ada rasa dalam nyanyian, tu yang lain Amir dengan orang lain.. ”

” Memang terbaik adik amir. meremang rasa bila dgr dia nyanyi mlm td.. sedappp sgt amir nyanyi . berulang ulang degaq dia nyanyi..tgk amir ja dlm Chosen one.. ”

” Suka tengok reaction Penn, nampak musician puas hati dekat situ. sedap suara adik amir ni terbaik menusuk ke dlm hati mendgr suara adik ni.. walaupun adik amir simple org nya tpi suara nya ada aura tersendiri.. ”

Kalau musician pun boleh tersentuh dengn suara Amir, apatah lagi penonton dan juri. Tak hairan lah Jihan sampai sebak ketika menyaksikan persembahan Amir. Apa-apa pun, semoga Amir teruskan prestasi yang baik seperti ini sehingga ke peringkat seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok PennBassChannel, IG Astro Ceria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT