Artis / Selebriti
” Suka tengok family ni. Ringkas, sederhana dan sejuk mata memandang.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Tahnik Dan Cukur Jambul Anak Remy Ishak, Tuah Alam. Dekorasi Yang Simple Tapi Nampak Cantik. Remy Turut Buat Surprise Anniversary Untuk Ezza. Sweet Lah Daddy Tuah Ni !!
Menginginkan anak mempunyai nama berunsur Melayu, nama Tuah Alam dipilih oleh Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof buat anak sulung mereka. Setelah 3 minggu kelahiran baby Tuah, namanya diumumkan secara rasmi di akaun media sosial Remy.
Selesai part nama, Remy dan Ezza kini melakukan majlis tahnik dan cukur jambul pula buat baby Tuah. Meninjau akaun Instagram Remy Ishak dan Ezza Yusof, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis tahnik tersebut. Dihadiri oleh kawan-kawan Remy yang sudah dianggap seperti keluarga, keluarga besar Ezza turut hadir. Majlis tahnik ini disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki.
Bunga-bungaan berwarna biru dan putih menjadi tema untuk pelamin majlis baby Tuah. Dekorasi yang simple namun nampak elegant. Selesai majlis tahnik, Remy membuat ucapannya buat semua yang hadir dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis itu.
Tarikh majlis baby Tuah ini sebenarnya adalah tarikh ulangtahun kedua perkahwinan Remy dan Ezza. Remy membuat satu kejutan buat Ezza dengan membawakan sebiji kek berwarna pink dan sekuntum bunga putih. Alahai sweet sangat Remy ni, bukan dalam drama je romantis dalam dunia sebenar pun penyayang dan romantik.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka tengok family ni .. alhamdulillah. ringkas, sederhana dan sejuk mata memandang.. nama anak remy classic melayu gitu subhanallah sedap nma.. ”
” Tersenyum tgk telatah korang.. happy always bersama anaknda tercinta Tuah Alam.. Hero Malaya dan jadi bapak bapak hehe.. ”
” Comelnya mummy tuah lepas dapat tuah. Berseri-serinya mommy. Anak bertuah bonda ni.. Alhamdulillah.. ”
” Masya Allah cantik dan handsome bonda dan ayah, Alhamdulillah.. semoga keluarga ini diberkati Allah.. ”
” Tak sabar nak tengok muka Tuah. Eh eh sis beranak macam tak beranak erk.. gorgeous betul.. cantik bonda tuah punya dimple.. ”
Remy turut mengatakan hubungannya dan Ezza sehingga kini sudah 9 tahun, 2 tahun alam perkahwinan dan 7 tahun zaman ‘berper4ng’. Ini orang kata, kalau sudah jodoh tak ke mana. Seorang ke utara, seorang ke selatan sekali pun, kalau sudah tertulis di luth mahfuz, akhirnya bersatu jua.
Alhamdulillah selesai majlis khas baby Tuah dengan cukup meriah. Kami di Berita Kopak mendoakan agar baby Tuah Alam membesar menjadi anak yang soleh, anak yang bijaksana, anak yang sentiasa membanggakan kedua ibu bapa dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Remy Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen