Connect with us

Artis / Selebriti

” Jayden jadi lalang dah ni. Pening Jayden nak kena mengaku orang Kelantan ke Penang haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Jebat Jayden Ketika Ditanya Orang Mana Buat Warganet Terhibur. Amboi Jebat, Dengan Mummy Cakap Kelantan, Dengan Baba Tukar Cakap Penang. Lawak Baba Cuak Bila Jebat Nak Report Kat Mummy Kata-Kata Baba Tu, Haha !!

Sekali pun telah terlerai ikatan perkahwinan antara mereka, namun hubungan Sharnaaz dan Noornabila berjalan dengan baik dan mereka sering membuat video review bersama. Ia turut menampilkan anak mereka, Jebat Jayden yang semakin banyak celotehnya sekarang.

Meninjau akaun Tiktok Pakmatwestern, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jebat ketika bersama mummy dan babanya. Pada awal video, Noornabila bertanya kepada Jebat soalan berbunyi ‘ Jayden ni orang Penang ke orang Kelantan ‘.

Comel sahaja Jebat menjawab yang dia orang Penang dan KL sambil membuat mimik muka berkerut lagi. Anti betul Jebat dengan Kelantan, tapi waktu makan boleh pulak sebut ‘ sedap dooh dooh ‘ dan ‘ gapo dio eh ‘ . Beberapa minit selepas itu, Jebat duduk bersama Sharnaaz di luar rumah pula.

Lucu mendengar perbualan antara Sharnaaz dan Jebat. Jebat siap kantoikan mummy yang suruh Jebat cakap Kelantan. Bukan main lagi Jebat cakap loghat Penang, intonasi suara tu memang sebijik gaya baba ditirunya. Jebat memang anak antoo.

Jom tonton video di bawah :

@pakmatwestern

Kantoi mummy suruh Jebat cakap Kelantan🀣 #fyp #foryou #jebatjayden

♬ original sound – pakmatwesterncafe – pakmatwesterncafe

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bila jayden sebut sayang dua2 buktikan ibubapa dia berjaya besaq kn anak walau dh berpisah . Tanpa buruk2 kn bekas psangan pd anak.. ”

” 3 kali tanya still “dua dua” dia pilih.. Alhamdulillah mmg ank yg hebat, kecik lg dh pndai jaga ht parents.. ”

” Ternyata jayden dapat kasih sayang yang adil oleh kedua ibubapa dia, tak rasa kekurangan.. pen1ng Jayden nak kena mengaku orang Kelantan ke Penang haha.. ”

” Hahaha comeyyy lucu jebat ni.. die mmg susah nk ngaku org kelantan eik.. hahaa ngaku kl je la fair kan jebat.. ”

” Nak bagi aku bergad0h dgn mak hang, takot ye Sharnaaz hahaha.. Syok tgok depa ni cerai ponw sempoi2.. ”

” Org penang dgn kl. siap ngan memek muka. Bertuahhh.. adoii kelakar la jebat.. dia punya intonasi kali kedua “pakmat western sempoi anak antoo” tu buat aku berdekahh.. ”

” Jayden jadi lalangggg dah la ni hehe.. Dulu susah nak dengaq dia ckp .. bila sekarang ala bijakkk nyaaa diaaaaa .. tambah lawak gilooo jebat.. ”

” Pandai Jebat, dengan mummy cakap Kelantan. g dekat baba pandai lak cakap penang. makin besar makin lucu Jayden, yang penting Jayden orang penang dan kl haha.. sori mummy.. ”

Lucu lah Jebat Jayden ni, sampai ke sudah memang tak nak mengaku orang kelantan tetapi boleh bercakap dalam loghat Kelantan. Paling touching apabila Jebat mengatakan sayang dua-dua mummy dan baba. Hasil kasih sayang yang penuh daripada Sharnaaz dan Nabila, Jebat tak rasa ada kekurangan. Salute lah baba dan mummy, terbaik.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Pakmatwestern

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT