Artis / Selebriti
” Speechless, meremang dengar suara Umai dan Tokti. Suara power dua-dua.. ” – Komen Netizen
Video DS Nurhaliza Berpadu Suara Bersama Anak Saudaranya, Umairah Menyanyikan Lagu Zheng Fu Di Konsert Cinta Di Awan Raih Pujian Ramai. Fuh Power Lah Suara Umai, Gandingan Suara Yang Buat Ramai Meremang !!
Banyak corat coret yang dapat dituliskan selepas selesai sahaja Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan semalam. Persembahan yang gah dan suara yang memukau, konsert solo penutup 2024 Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini berlangsung dengan jayanya.
Banyak kejutan dan kelainan yang ditampilkan oleh DS Siti dalam konsert kali ini. Selain kemunculan anaknya, Afwa dan Siti Aafiyah bermain piano, konsert ini juga menyaksikan paduan suara antara DS Siti bersama anak saudaranya, Umairah.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Umai baru sahaja menggenggam pingat emas dalam pertandingan World Championships of Performing Arts ( WCOPA ). DS Siti memberikan peluang untuk Umai muncul sebagai artis jemputan dalam konsert ini.

Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan, telah dimuat naik video yang memaparkan DS Siti dan Umai berduet menyanyikan lagu Zheng Fu. Persembahan yang bertenaga dan alunan suara yang cukup merdu diberikan oleh kedua-duanya. Terbuai rasa warganet mendengar paduan suara merdu Umai dan DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Speechless terpegun terpesona termimpi2 la smlm.. tak boleh move on lagi.. umai mmg the best lah smlm. Terima kasih dik hiburkan kami.. ”
” Love u voice, ur the legacy in ur own name Umai. best perfomance ever.. meremang dengar suara umai dan tokti.. dia macam blend cantikkkk.. ”
” Umai dah nmpk matang dan sgt tenang…. perlahan2 memdaki pengalaman….. semoga berjaya menjadi pelapis mak iti.. ”
” Macam kembar pun ada tapi Umai tinggi jugak.. Sedapnya suara.. mantap best sangat-sangat.. letop lah anak dan mak saudara ni.. ”
” Konsert kali ni memang meletop.. Family duo terbaik dan berkualiti.. best gila dengar tokti dan umai berduet.. ”
” Dua-dua suara sedap.. memang sejenis keturunan yang suara sedap kan.. meremang dengar suara dorang berdua ni.. umai boleh bersinar lagi lepas ni.. ”
” Sumpah sedap sangat duet tokti dan umai ni. suara power lah dua-dua.. umai makin banyak improve.. tak puas dengar suara dorang berdua ni.. ”
Antara yang terbaik persembahan Umai bersama DS Siti ini. Umai semakin yakin dan suaranya tidak dinafikan begitu merdu. Semoga Umai terus mengilap bakatnya yang ada dan menjadi bintang popular suatu hari nanti sebagaimana DS Siti Nurhaliza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

