Connect with us

Artis / Selebriti

” Speechless, matangnya bila Aqish bersuara. Semoga tabah Aqish.. ” – Netizen

Video Puteri Balqis Jawab Persoalan Tentang Kehidupannya Buat Peminat Tersentuh. Itu Yang Sebenarnya Sedang Dilalui Aqish, Luahan Hati Yang Penuh Dengan Emosi. Sangat Matang Aqish Bercakap, Tak Macam Umur 14 Tahun !!

Nama pelakon cilik Puteri Balqis Ashikin pernah mewarnai dunia seni tanah air dengan bakat lakonannya yang hebat. Mampu membawakan apa sahaja watak yang diberikan dengan cemerlang, nama Aqish pernah hilang dari radar peminat.

Banyak yang dilalui oleh Aqish dan kisahnya bersama ibunya menghar0ngi kehidupan yang berl1ku pernah viral suatu ketika dahulu. Menjual buku karya tulisannya sendiri untuk menampung kehidupan, Aqish kini kembali membuat comeback dalam bidang lakonan.

Meninjau akaun Instagram Moresechild, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan ketika Aqish ditemuramah dalam sebuah rancangan kelolaan Garasi TV. Pelbagai isu dibangkitkan dan Aqish menjawabnya dengan tenang sekali.

Antara pertanyaan yang ditanyakan oleh peminat adalah tentang status pengajian Aqish. Ramai yang menyangka Aqish tidak bersekolah, walhal hakikatnya Aqish menjalani persekolahan di rumah menggunakan silibus daripada negara jiran, Singapura.

Jom baca perkongsian di bawah :

https://www.instagram.com/p/CYr6n9qh02D/

Sesi temubual ini juga ada dikongsikan di laman facebook Garasi TV dan rata-rata peminat memuji cara percakapan Aqish yang nampak matang. Antara komen-komen peminat :

” We grow through what we go through.. keep strong Aqish.. kami semua mendoakan yang terbaik untuk Aqish.. “

” Serius bhaiiii.. bkn bdk 14th yg sembang camni. ni cara sorg dewasa yg b’umur 41th yg b’kata2 terbaikkkk. 15 tahun cara cakap dah macam ni, memang matang apa yang terkeluar dari mulut dia. semoga tabah Aqish.. “

” Kematangan bukan Di ukur dari Umur mcam tak macam berckp dgn budak yg umur 14 thun. Speechless. Good luck P.Balqis for your future undertaking. Semoga jadi insan hebat satu hari nnti.. “

” Setiap manusia adalah pejuang dan setiap pejuang punya perju4ngannya yang tersendiri.. tahniah aqish. Moga anak ini dipermudahkan perjalanan di hari hari yg mendatang.. “

” Umur baru 14tahun.. maaf klau silap.. tapi kematangan jauh lebih baik dari sesetengah org yg dah berumur… “

” Menulis puisi demi kelangsungan hidup .. hebat nya lah aqis . Penulis lain beria nulis utk kejar nama. Dia ni mmg genius, mna ada bdk2 kecik umr mcm dia dlu blh blakon mcm gitu.. Ada jiwa.. “

” Matang sangat, sentiasa positif. Diam diam Aqish, diam berisi. Ilmu penuh di dada, tengok matangnya bila aqish bersuara.. “

Seperti kata Aqish, mata memandang tidak dapat merasai apa sebenarnya yang dilalui Aqish. Semoga Aqish dan ibunya terus tabah dalam mengharungi kehidupan mendatang dan didoakan agar karier lakonan Aqish bakal bersinar seperti dahulu.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG morosechild, Youtube Channel Garasi TV

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT