Artis / Selebriti
” Speechless dengar yang dikatakan oleh Pok, but itulah harapan seorang ayah kan.. ” – Komen Netizen

Video Mek Yun Bertanya Kepada Ayahnya, Datuk Wee Han Siew Tentang Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Bakal Suaminya Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebak Pula Dengar Pesanan Pok !!
Pasti ramai yang mengenali influencer terkenal iaitu Mek Yun yang merupakan seorang gadis Cina kelahiran dari negeri Cek Siti Wan Kembang ini. Meskipun berbangsa Cina, Mek Yun yang sangat fasih bercakap bahasa Melayu. Boleh dikatakan semua video yang dikongsikan oleh Mek Yun di akaun Instagram ataupun TikTok miliknya pasti menarik perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Mek Yun, telah dikongsikan video yang memaparkan Mek Yun bersama bapanya, Datuk Wee Han Siew. Menerusi video tersebut, Mek Yun ada bertanya kepada bapaya yang mesra dengan paggilan Pok tentang ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suami Mek Yun.
Dengan tutur kata yang lembut, Pok memulakan bicaranya dengan berkata ciri-ciri pertama lelaki tersebut perlulah menyayangi Mek Yun sepenuh hati. Selain itu, bakal suami Mek Yun juga perlu mengamalkan sikap menghormati Mek Yun termasuk semua ahli keluarga Mek Yun.
Kata Pok lagi, lelaki itu mesti menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab, ketua keluarga yang baik dan dapat membimbing Mek Yun ke jalan yang baik. Perkongsian video Mek Yun bersama Pok ini sekali lagi telah menarik perhatian ramai. Sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain turut rasa tersentuh, ramai yang turut bersetuju dengan setiap apa yang dikatakan oleh Pok. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Speechless dengar yang dikatakan oleh Pok, but itulah harapan seorang ayah kan.. Semoga Mek Yun dpt bertemu dgn jodoh yang macam Pok mention. As long dpt bahagiankan Mek Yun tau.. “
” Meremang bulu roma dengar nasihat pok. Semoga pok N mok sihat² selalu. Baik² buat mekyun jugak.. Itu adalah harapan seorang ayah buat bakal menantunya.. “
” Sebak pula dengar kata-kata Pok tu.. Seorang ayah semestinya yang terbaik buat anak perempuannya.. Yelah Mek Yun pula anak perempuan tunggal dalam keluarga.. “
” Part yg pok sebut Soleh tu, alaa touching.. Betapa sayangnya seorang ayah kepada anaknya.. Huhu tak sedar pula air mata jatuh tengok video ni.. “
” Fuhhhh.. Ini anak ayah 200%… Nak ke anak dia kena berani dan baik…Syukurlah Mek Yun ada ayah lagi.. Hope one day Mek Yun akan bertemu jodoh yang baik ok.. “
” Harapan seorang ayah dan abg abg nya mesti laa tinggi.. Mekyun sorg je puteri dlm family ditatang mcm minyak yg penuh.. “
” Mula2 rase tersentuh hati… Last2 terhibur dgn Pok.. Mek Yun ada bukan pok je jadi King Kong .. Ada duo lg King Kong hehe… Good luck lah kepada bakal suami Mek Yun.. “
Apabila bekas Panglima Artileri Roket berbicara, memang begitu ‘mendalam’ pesanan dan harapan Pok kepada bakal suami Mek Yun. Jelas terlihat betapa sayangnya Pok kepada anak perempuan tunggalnya itu. Apa-apa pun semoga Mek Yun akan bertemu jodoh yang baik nanti dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG mekyunn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah