Connect with us

Artis / Selebriti

” So lovely abah Mira. Tegur dengan penuh hikmah.. ” – Netizen

Mira Filzah Kongsi Cara Abahnya Menegur Cara Pemakaiannya Menerusi Aplikasi Whatsapp. Wahhh Memang Seorang Bapa Yang Sangat Bertanggungjawab, Salute Lah !!

Sejak dua menjak ini, nama pelakon Mira Filzah ini sering menjadi sebutan dan menarik perhatian ramai. Ialah kan, baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar pada 4 September baru-baru ini, melihat sahaja di laman sosial, ada sahaja cerita tentang pasangan ini.

Mira yang cukup dikenali akan perwatakannya yang lemah-lembut ini antara pelakon yang kini popular dan bakat lakonannya juga sering mendapat pujian ramai. Bagi sesiapa yang mengikuti dramanya kini, iaitu ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ sudah pasti merasa puas hati akan watak lakonannya itu kerana sangat berlainan dibandingkan sebelum ini.

Maka tidak hairanlah jika dia sebelum ini sering menerima pelbagai anugerah dalam industiri seni akan bakat yang dicurahkan oleh Mira itu. Satu pujian patut diberikan oleh Mira kerana dia cukup pandai menjaga dirinya dan tidak pernah sepanjang berada di industri seni terpalit akan gosip l1ar mengenainya.

Terbaru, hasil tinjaun di akaun Instagram milik Mira, telah berkongsi ucapan selamat hari lahir buat bapanya yang ke 56 tahun dan berserta gambar keluarga. Mira turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya itu yang sentiasa menyanyanginya dan mendoakan kesejahteraan buat bapa tercintanya.

Iktuti perkongsian Mira tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Mira juga turut berkongsi satu mesej daripada abahnya menerusi aplikasi whatsapp yang telah menegur cara pemakaian Mira. Perkongsian tersebut turut meraih perhatian para netizen. Antara komen-komen tersebut :

” Didikan dari awal membentuk peribadi mulia, Allhamdulillah u hv good vibes around u Mira Allah love u so much happy birthday to your lovely abah Mira Filzah.. “

” So lovely abah Mira. Tegur dengan penuh hikmah  semoga Allah pelihara selalu family Mira.. “

” Untungnya ada abah boleh teg0rkan.. Tak semua org ada family yg sempurna.. “

” Alhamdulillah, abah mcm ni yg kita mahukan walaupun dh kahwin masih pantau, good job to your father.. “

” Betapa Sayang seorang abah pada anakanda. Semoga Mira boleh menjadi teladan dan influencer yang mendorong kepada syar’ie attire.. “

” Patutla mira sopan jer…. Ada abah yg sentiasa ingatkan… Alhamdulillah keep it up. Happy Birthday uncle.. “

Kasih seorang ayah membawa ke syurga. Lembut betul cara penulisan abah Mira untuk meneg0r anak perempuannya itu. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga kehidupan Mira bersama keluarga tercinta akan terus mekar bahagia selamanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT